Dua lelaki ditahan bakar motosikal sebab berang ekzos bising

oleh Mohamad Hanif|
Dua lelaki bertindak membakar motosikal dalam kejadian di Jalan Aman Tambahan, Puchong di sini pada Ahad lalu kerana dipercayai berang dengan bunyi bising kenderaan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, pemilik motosikal Modenas Kriss berusia 19 tahun telah meninggalkan motosikalnya di tepi jalan akibat mengalami kerosakan.

"Kira-kira setengah jam kemudian, lelaki itu datang semula ke tempat berkenaan dan mendapati motosikalnya terbakar.

"Lelaki itu turut menerima satu rakaman video menerusi aplikasi WhatsApp seorang lelaki sedang membakar motosikal tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambahnya, jumlah kerugian dianggarkan RM1,000.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menahan dua lelaki berusia 24 dan 39 tahun yang disyaki terlibat dalam kes terbabit.

Katanya, soal siasat kedua-dua suspek mengaku membakar motosikal mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, pihak polis berjaya menahan suspek di hutan berdekatan lokasi kejadian kira-kira jam…
Berita Domestik
Bagaimanapun, perbuatan mereka dapat dihidu polis selepas siasatan rekod jenayah lampau mendapati…
Berita Domestik
  "Mangsa berusia 35 tahun membuat laporan polis pagi kelmarin memberitahu dalam kejadian kira-…