
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Faizal Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.48 pagi sebelum lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, didapati sebuah kereta jenis Toyota Vios telah terbabas dan melanggar sebatang pokok sebelum terbakar sepenuhnya. Dua mangsa ditemukan di dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa lelaki berusia 21 tahun manakala identiti wanita masih belum dikenal pasti. Kedua-duanya dipercayai terperangkap dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kebakaran.
Faizal memaklumkan, kenderaan tersebut terbakar sehingga 93 peratus dan operasi memadam api dijalankan menggunakan pam air dari jentera bomba.
Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.11 pagi.
Sumber: Sinar Harian