Kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga warna emas yang dipandu wanita berusia 26 tahun bersama dua penumpang iaitu ibunya berusia 59 tahun dan anaknya berusia dua tahun.
Sebuah lagi Proton Saga berwarna merah dipandu remaja lelaki 18 tahun dari arah Kampung Lukut, Batu Ampat ke Kota Tinggi dipercayai memasuki laluan bertentangan.
“Ia menyebabkan dia bertembung di bahagian hadapan sisi kiri Proton Saga berwarna emas dinaiki tiga sekeluarga itu,” katanya menerusi kenyataan media, pada Rabu.
Menurut Yusof, akibat kemalangan itu, penumpang hadapan Proton Saga warna emas iaitu wanita berusia 59 tahun parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia jam 9.59 pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).
Pemandu kereta itu bersama anaknya turut cedera dan kini masing-masing sedang mendapatkan rawatan di HKT dan Hospital Sultan Ismail (HSI).
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat -