Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang dari arah Chemor dipercayai gagal patuhi lampu isyarat dan bertembung dengan kereta dari arah bertentangan
"Kedua-dua mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandu kereta seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Menurut Abang Zainal Abidin, kedua-dua mangsa yang maut telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi proses bedah siasat.
Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Orang ramai yang menyaksikan kemalangan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-884 9163 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.