Dua stesen Caltex di R&R Ayer Keroh terima persijilan Platinum GreenRE

oleh Mohamad Hanif|
Chevron Malaysia Limited, syarikat yang memasarkan jenama runcit Caltex di Malaysia mengumumkan dua buah stesen minyak Caltex yang terletak di R&R Ayer Keroh Lebuhraya Utara Selatan telah menerima pengiktirafan Platinum di bawah kategori Bangunan Bukan Kediaman Sedia Ada oleh GreenRE, badan pensijilan bangunan hijau utama yang diiktiraf kerajaan Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GreenRE menilai beberapa aspek bagi membolehkan sesebuah fasiliti mendapat sijil Platinum GreenRE, dan dua buah stesen Caltex tersebut mendapat markah yang tinggi dalam enam kategori impak alam sekitar iaitu:

  • Kecekapan Tenaga
  • Kecekapan Air
  • Operasi dan Pengurusan Lestari
  • Kualiti Persekitaran Dalaman
  • Ciri-ciri Hijau Lain
  • Emisi Karbon Pembangunan

 

Caltex


Chevron telah menaiktaraf dua stesen Caltex dengan ciri-ciri baharu untuk menambah baik kadar kecekapan tenaga, mengurangkan penggunaan air dan meningkatkan keselesaan dan kualiti ruang.

Seperti contoh, pemasangan panel solar pada bumbung untuk menjana tenaga bagi kegunaan stesen. Pada tahun 2021, kedua-dua stesen tersebut mencapai penjimatan tenaga lebih 50 peratus, atau bersamaan 181,000 kWj secara kolektif menerusi reka bentuk cekap guna tenaga dan panel solar.
 

Caltex


Ciri lain termasuklah penggunaan lampu LED, penyaman udara kecekapan tinggi, sistem ukuran tenaga, cat sebatian organik yang tidak mudah meruap, keupayaan kawalan suhu, tong kitar semula dan pengurusan sisa, sistem meter air pintar dan alat cakap guna air.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memulihkan minat dalam STEM (Science, Technology…
Berita Domestik
Gilbert juga akan berperanan ke atas jualan komersil dan runcit, serta pemasaran produk pelincir…
Berita Domestik
Antara hadiah utama yang ditawarkan berupa pakej percutian tempatan dan percuma bahan api untuk…