Dua suspek menyamar anggota polis diberkas

oleh Mohamad Hanif|
Polis Johor telah berjaya memberkas dua orang suspek lelaki warga tempatan yang menyamar sebagai anggota polis selepas satu video tular di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Tangkapan tersebut dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai, di mana salah seorang daripada suspek merupakan seorang penjawat awam.

Semakan juga mendapati seorang lagi suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah.

Beberapa barangan turut dirampas seperti sebuah kereta jenis Honda City, baju pantulan cahaya, lampu mata arah mudah alih, serta lampu suluh Fenixe35.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 2 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, serta di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang, atau RM100,000 yang mana lebih besar, dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Johor CP Dato' Kamarul Zaman bin Mamat berkata, pihaknya menyeru masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah bagi membantu pihak polis mengesan suspek yang masih bebas.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, lori paling berat yang ditahan dalam operasi itu adalah membawa muatan 'pilling'…
Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Yusof Othman memaklumkan, insiden itu tular di…
Berita Domestik
  Menurutnya, kaedah berkenaan dilaksanakan bagi memantau kelakuan pemandu dan kesalahan yang…