DUA WANITA NYARIS DIHANYUTKAN ARUS DERAS

oleh Penyumbang Rencana 2|
DUA wanita berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam arus deras ketika melalui sebatang jalan di Dusun Sungai Meru, Ipoh petang tadi.

Jururcakap Bomba Dan Penyelamat (BBP) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 6.04 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, kedua-dua mangsa sedang berpaut di tepi sebuah kereta Toyota Vios dan kedalaman air dianggarkan 0.9 meter.

“Sebaik sampai Komander Operasi mengarahkan pasukan penyelamat menggunakan tali untuk menyelamatkan mangsa.

“Dua tali digunakan dengan dibuat "anchoring" pada satu batang pokok. Dua penyelamat menggunakan jaket keselamatan (PFD) dan bergerak perlahan lahan mengikut arus untuk sampai kepada mangsa,” katanya.

Menurut jurucakap terbabit, mangsa kemudian diberikan PFD dan berjaya dibawa ke tempat selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kenderaan mangsa juga tidak dihanyutkan kerana air mulai surut secara perlahan lahan. 

 


Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar