Dua warga US dipenjara kerana bantu Carlos Ghosn lari dari Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Dua warga Amerika Syarikat yang terlibat dalam kes Carlos Ghosn melarikan diri dari tahanan Jepun telah dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah Tokyo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Veteran tentera U.S Army Special Forces Michale Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun, sementara anaknya Peter Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun dan lapan bulan.

Kedua-dua anak beranak itu mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dihadapkan pada bulan lalu, dengan mendakwa mereka menyesali peranan mereka di dalam cubaan melarikan Carlos Ghosn keluar dari Jepun.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa di Massachusetts pada Mei 2020 sebelum diekstadisi ke Jepun pada Mac tahun ini.

Berdasarkan laporan media ABC News, Michael Taylor menangis ketika sesi pendengaran kes dibuat di Jepun, dan mendakwa tidak mendapat sebarang keuntungan memandangkan apa yang dibayar oleh Carlos Ghosn hanyalah merangkumi kos perbelanjaan untuk membawa bekas CEO itu keluar dari Jepun.

Menurut ketua hakim Hideo Nirei, "kes ini membolehkan Ghosn selaku defenden kes jenayah yang serius berjaya melarikan diri ke luar negara. Satu tahun setengah berlalu, namun tiada sebarang perbicaraan kes telah pun dilakukan."

Dalam kes yang mengejutkan dunia automotif beberapa tahun yang lalu, Carlos Ghosn berjaya diseludup keluar dari Jepun dengan bersembunyi di dalam kotak muzik.

Michael Taylor, bersama rakan subahat Geotge-Antoine Zayek menggunakan jet peribadi untuk membawa keluar Ghosn dari Jepun ke Turki sebelum menaiki pesawat kedua untuk terbang ke Beirut, Lebanon di mana Ghosn bebas daripada sebarang ancaman ekstradisi.

Sumber: ABC News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…
Berita Domestik
Pemangku Pengarah Kastam Kelantan, Koh Joo Kai berkata, hasil soal siasat membawa kepada penemuan…
Berita Domestik
  “Minyak (petrol dan diesel) tidak bersubsidi (di Malaysia) pun jauh lebih murah dari minyak di…