Dua warna baharu untuk Yamaha MT-09 2022, harga jualan tidak berubah, dari RM55k

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan kemaskini warna baharu untuk model Yamaha MT-09 untuk tahun 2022.

Yamaha MT-09 2022 kini boleh dibeli dalam warna Cyan Storm dan Tech Black, serta layangan grafik serba baharu yang menyerlahkan lagi penawaran MT-09.

Dari segi kuasa, Yamaha MT-09 2022 dikuasakan oleh enjin tiga silinder sejukan cecair bersesaran 889 cc menghasilkan 119 PS @ 10,000 rpm dan daya kilas 93 Nm @ 7,000 rpm yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.
 

MT-09


Yamaha MT-09 turut menampilkan unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi yang merangkumi tiga ciri bantuan iaitu sistem kawalan cengkaman (TCS), sistem kawalan gelinciran (SCS) dan LIFt control system untuk roda hadapan.

Dengan berat sekitar 189 kg, Yamaha MT-09 memiliki kapasiti tangki bahan api sebesar 14 liter, sementara ketinggian pelana pula adalah sekitar 825 mm.
 

09


Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan teleskopik, dibantu dengan lengan ayun dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.

Harga jualan tidak berubah, bermula dari RM54,998 tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini, warna baharu yang ditawarkan pada model NVX ini adalah warna Icon Black dan Ruby Red.…
Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…