Ducati bakal guna Panigale V4, ganti Panigale V-Twin pada saingan WSBK tahun hadapan?

oleh Afandi Che Muhamad|
Baru-baru ini, Ducati telah mengumumkan bakal menggunakan jentera perlumbaan baharu bagi Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) bermula tahun hadapan.

Untuk makluman, tahun ini merupakan tahun terakhir Ducati menggunakan jentera Panigale R dengan enjin V-Twin.

Bermula tahun hadapan, jentera tersebut akan digantikan dengan Panigale R dengan enjin V4.

Memetik laporan Asphalt and Rubber, kedua-dua jentera itu (Panigale R V-Twin dan Panigale R V4) masih dikendalikan pelumba sedia ada iaitu Chaz Davies dan Marco Melandri.

Terdahulu, duo berpengalaman Ducati itu berjaya mencatatkan prestasi terbaik sepanjang tahun lalu dengan lapan kemenangan.

Tahun ini, pasangan berkenaan meletakkan harapan tinggi untuk menggondol tempat pertama dalam kejuaraan tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, dua lelaki tempatan…
Berita Global
Algoritma Canggih Ducati Corse     Pembangunan teknologi ini memanfaatkan pengalaman luas Ducati…
Berita Global
Reka Bentuk dan Gaya     Reka bentuk Monster generasi kelima diolah sepenuhnya dengan tumpuan…