Ducati- fokus khusus untuk jadikan pemilik rasa istimewa

oleh HEZERI SAMSURI|
Ducati, jenama motosikal premium global kali ini membuktikan fokus mereka bukan hanya kepada teknologi motosikal dan kepuasan tunggangan, tetapi juga kepada nilai-nilai istimewa khusus untuk para pemilik.

Sambutan MotoGP tahun ini melihat Ducati melabur kepada aktiviti yang menjadikan pemilik merasa lebih akrab dengan jenama Itali tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei, Hong Kong, Filipia dan Singapura dibawa ke Litar Antarabangsa Sepang untuk menonton dan meraikan kejayaan pasukan itu.

Selain dari konvoi sebanyak 150 jentera Ducati dari Malaysia dan Singapura, mereka diletakkan di kawasan tempat duduk Tribuna Ducati Grandstand khusus untuk Ducati.

Kolaborasi Ducati bersama gergasi seperti Shell, Monster Energy dan juga Tissot juga memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada Ducatisti yang hadir di litar tersebut di bawah acara rasmi Ducati.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…
Model Terbaharu
Pengeluar jenama Itali itu telah memperlihatkan model pertama yang dikuasakan nadi silinder tunggal…
Berita Global
  Superquadro Mono menggunakan omboh 116 milimeter (mm) dari enjin Panigale, bentuk kebuk…