Ducati Malaysia terima "rumah baharu" bernilai RM1.5 juta

oleh HEZERI SAMSURI|
Ducati Malaysia hari ini secara rasmi beroperasi di dewan pameran baharu, yang kedua terbesar di Asia Tenggara.

Dewan pameran Ducati ini mempunyai luas binaan sebesar 16,339 kaki persegi, antara yang terbesar di Asia dan kawasan servis pula adalah seluas 5,009 kaki persegi, lengkap dengan lapan kawasan servis, membolehkan Ducati ini menyelenggara sebanyak 450 unit motosikal sebulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
ducati service bays

 

Pelaburan sebanyak RM1.5 juta itu turut melihat ruang pameran untuk barangan Ducati dan juga Scrambler.

Menurut Timbalan CEO Kumpulan Automotif Naza, Datuk Nik Hamdan Nik Hassan, dewan pameran baharu ini direka untuk memberikan pengalaman Ducati 360-darjah untuk pemilik dan bakal pembeli.

 

 

Antara model-model yang dipamerkan semasa perasmian dewan pameran tersebut adalah Ducati Panigale V4 S, 916 Anniversario, Monster 821, Hypermotard 950 dan Diavel 1260 S, serta model-model Scrambler yang popular seperti Scrambler Café Racer dan Icon.

Nik Hamdan juga mengumumkan bahawa Ducati akan mempunyai pengedar baharu untuk wilayah selatan pada separuh kedua tahun ini.

 

 

Penunggang MotoGP, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci juga hadir selepas penat di sesi ujian MotoGP 2020 yang sedang berlangsung di litar Sepang sekarang.

Lokasi dewan pameran baharu Ducati ini ialah di pintu maasuk Naza Automall di Petaling Jaya.

Di bawah ialah waktu operasinya:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…