Setelah diperkenalkan secara global pada Januari lepas, Ducati Monster SP kini tiba sebagai keluarga baharu Monster untuk pasaran Malaysia.
Monster SP dikuasakan enjin Testastretta 11° 937 cc yang menghasilkan 111 HP, meletakkannya di aras tertinggi sebagai sebuah motosikal naked berkuasa tinggi.
Bagi meningkatkan pengendaliannya, Monster SP dilengkapi fork hadapan Ohlins NIX30 43 mm boleh laras serta angkup brek Brembo Stylema, dimana ia mengurangkan 0.5 kg berat.
Penggunaan bateri litium ion turut menyumbang kepada pengurangan berat, dimana berat keseluruhannya kini hanya 184.9 kg, berbanding 188 kg pada model asas Monster.
Antara kelengkapan lain yang didatangkan secara standard ialah ekzos Termignoni, tayar Pirelli Diablo Rosso IV dan steering damper.
Meningkatkan lagi kendalian dan prestasi brek, Monster SP didatangkan dengan bantuan tunggangan termasuk mod tunggangan baharu iaitu Wet, bersama mod tunggangan sedia ada, Sport dan Touring.
Monster SP juga dilengkapi sistem ABS Cornering, Ducati Traction Control, Ducati Wheelie Control dan Launch Control.
Rupa luaran Monster SP turut menampilkan grafik yang diinspirasikan dari Panigale V4 dan corak MotoGP Ducati, dimana ia didatangkan dengan logo Ducati di tangki dan atas pelindung tempat duduk penumpang.
Untuk pasaran Malaysia, harga bagi keluarga Monster baharu itu ditawarkan bermula dari RM98,900.