Ducati Multistrada V4 Rally, direka untuk kembara jauh!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati Multistrada V4 Rally
Ducati Multistrada V4 Rally
Di dalam perlumbaan Rimba Raid yang dilangsungkan pada September penonton boleh menyaksikan keupayaan pelbagai jenis motosikal lasak.

Acara tersebut juga memperjelaskan bahawa motosikal lasak mempunyai keupayaan berbeza.

Ada yang dibuat untuk membelah belantara dengan permukaan mencabar dan ada juga difokuskan kepada kembara jauh mengelilingi dunia.

Terbaru Ducati memperkenalkan Multistrada V4 Rally, sebuah motosikal yang disasarkan kepada penunggang yang gemar mengembara jauh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ducati Multistrada V4 Rally

 

Motosikal ini dibuat untuk kembara dunia yang perlu melalui jalan lasak dan kota metropolitan.

Penggunaan nama Rally bukan sekadar tampalan, Ducati telah membuat beberapa perubahan seperti suspensi separa aktif dengan ukuran jarak (travel) dinaikkan kepada 200 mm.

Turut baharu ialah kawalan silinder, pemijak kaki lebih lebar, pelindung enjin lebih kuat dan pelbagai lagi.

Enjin V4 Granturismo, tangki lebih besar, nyahaktif silinder semasa bergerak

 

Ducati Multistrada V4 Rally

 

Multistrada V4 Rally digerakkan enjin 1,158 cc V4 Granturismo berkuasa 170 hp pada 10,750 rpm dan tork 121 Nm pada 8,750 rpm.

Satu aspek penting yang diberi perhatian ialah tangki minyak yang kini mempunyai kapasiti 30 liter berbanding 22 liter sebelum ini.

Tangki lebih besar maknanya boleh pergi lebih jauh tanpa kerap berhenti.

Multistrada V4 Rally dilengkapi teknologi yang pertama kali digunakan pada motosikal massa dan tambahan kepada teknologi nyahaktif silinder.

 

Ducati Multistrada V4 Rally

 

Multistrada V4 di pasaran mempunyai teknologi nyahaktif silinder belakang dalam keadaan melahu ketika motosikal berhenti. 

V4 Rally lebih canggih dengan fungsi nyahaktif silinder untuk beberapa senario tambahan bagi penjimatan bahan api dan pelepasan emisi.

Silinder belakang model ini tidak berfungsi walaupun motosikal sedang bergerak sebagai contoh semasa peningkatan kelajuan atau dalam keadaan tertentu ketiga pendikit dipulas.

Sistem ini turut aktif di dalam kesemua Mod Tunggangan.

Mod Enduro Riding dengan Mod Kuasa

 

Ducati Multistrada V4 Rally

 

Terdapat empat Mod Tunggangan iaitu Sport, Touring, Urban dengan Enduro mempunyai perubahan baharu. Di dalam mod itu, fungsi Mod Kuasa akan turut diaktifkan.

Ianya berfungsi dengan menghadkan kuasa kepada 114hp dan memberikan respon langsung (direct) dan dinamik.

DSS Evolution (Ducati Skyhook Suspension) pula bersedia untuk beraksi dalam tunggangan off-road dengan memaparkan ikon topi keledar off-road.

Fungsi intervensi DTC (Kawalan Cengkaman Ducati) diturunkan kepada lebih rendah dan DWC (Kawalan Wheelie Ducati) dipadamkan. 

ABS pada roda belakang turut dipadamkan dan kefungsian pembelokan dan pengesanan angkatan belakang disesuaikan untuk kegunaan off-road.

Casis monokok, fungsi Easy Lift

 

Ducati Multistrada V4 Rally

 

Casis yang digunakan kekal sama iaitu rangka aluminium monokok dan model ini didatangkan secara eksklusif dengan roda lidi tanpa tiub yang direka semula dan diringankan.

Fungsi Minimum Preload yang sebelum ini diperkenalkan pada Multistrada V4 S membolehkan penunggang merendahkan motosikal semasa berhenti atau pada kelajuan rendah.

Satu lagi teknologi yang ditambah ialah fungsi Easy Lift yang mengurangkan usaha diperlukan bagi menegakkan motosikal dari tongkat sisi.

Sistem itu berfungsi dengan mengaktifkan hidraulik suspensi semasa kunci dibuka serta mampatan fork dan penyerap hentak.

 

Ducati Multistrada V4 Rally

 

Selain itu, motosikal ini dilengkapi fungsi Autoleveling supaya berada di dalam kedudukan setara apabila penunggang, pembonceng dan barangan berubah.

Tongkat tengah dijadikan perkakasan standard supaya senang untuk memasang dan membuka kotak tepi selain kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan di dalam perjalanan jauh.

Cermin depan lebih besar, ekor lagi panjang

Satu komponen penting dalam pengembaraan. Cermin besar Multistrada V4 Rally direka baharu dengan tinggi dan lebar bertambah 40 mm dan 20 mm.

Ekor motosikal turut dipanjangkan dan pemasangan kotak dibuat lebih ke belakang supaya memberikan lebih ruang kaki untuk pembonceng yang turut diberikan getah pemijak kaki lebih besar.

 

Ducati Multistrada V4 Rally

 

Selain itu, pelanggan diberi pilihan saiz pelana untuk penunggang dan pembonceng dan bersama kit suspensi rendah menjadikan Multistrada V4 Rally sesuai buat pelbagai kategori pasangan.

Keselamatan, radar depan dan belakang

Multistrada V4 adalah motosikal pertama di dunia yang dilengkapi sistem radar depan dan belakang sebagai sokongan kepada Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Turut dilengkapi Pengesanan Titik Buta (BSD) yang memberi isyarat kehadiran kenderaan lain pada cermin sisi dan ABS Cornering yang membantu ketika mengambil selekoh.

Lagi kelengkapan praktikal ialah Ducati Cornering Lights (DCL) yang mengaktifkan nyalaan pada sebelah dalam selekoh pada waktu malam.

Tiga versi Ducati Multistrada V4 Rally, Februari 2023

 

Ducati Multistrada V4 Rally

 

Ada tiga pilihan Multistrada V4 Rally yang ditawarkan iaitu Adventure Radar dengan Kawalan Jelajah Adaptif dan Pengesanan Titik Buta.

Adventure Travel & Radar pula ditambah kotak tepi aluminium, pemegang (grip) dan pelana dengan pemanas.

Model Full Adventure pula paling lengkap dengan tambahan peredam  Akrapovič dan madgad depan gentian karbon.

Ducati Multistrada V4 Rally akan mula dihantar ke pengedar Eropah bermula Februari 2023.

Ada dua warna iaitu Ducati Red dan Brushed Aluminium & Matt Black dengan kedua-duanya dipasang roda lidi berwana hitam.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ducati Multistrada V4 Rally