Ducati Multistrada V4 RS 2024, gabungan motosikal kembara dan superbike!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati Multistrada V4 RS 2024
Ducati Multistrada V4 RS 2024
Cara Ducati membangunkan motosikal seperti tiada batas. Sebagai contoh Ducati Multistrada V4 RS 2024 menggabungkan ciri motosikal kembara dan superbike.

Kenapa motosikal kembara perlu jadi macam superbike? Kenapa ciri superbike diguna pada motosikal kembara? 

Sebab ini namanya Ducati dan mereka menetapkan piawaian dalam dunia motosikal berkuasa. Nama RS juga mengingatkan kepada model ikonik Monster S4 RS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ducati Multistrada V4 RS 2024

 

Pertama sekali, Multistrada V4 RS satu-satunya model dalam siri Multistrada yang menggunakan enjin 1,103 cc Desmosedici Stradale.

Bagi menggabungkan kelancaran dan sifat sebuah Multistrada dengan personaliti dan karakter Panigale dan Streetfighter, beberapa perubahan telah dibuat.

Di antaranya penggunaan penapis udara Panigale V4 R dan sistem ekzos Akrapovič yang dibangunkan khusus untuk Multistrada V4 RS.

 

Ducati Multistrada V4 RS 2024

 

Hasilnya dirasai pada penghantaran kuasa yang lancar dan kemas pada putaran (rpm) rendah dan menjadi lebih seronok pada bahagian atas rpm susulan pengoperasian desmodromic.

Ekzos baharu mempunyai tona yang dalam pada rpm rendah dan lebih garang seperti superbike ketika memecut pada rpm tinggi.

Dari segi prestasi, enjin Desmosedici Stradale menghamburkan 180 kuasa kuda (hp) pada 12,250 rpm dan tork 118Nm pada 9,500 rpm.

 

Ducati Multistrada V4 RS 2024

 

Satu lagi, nisbah akhir dipendekkan dan nisbah gear dikekalkan untuk tunggangan yang sporti dan pecutan.

Sama seperti Panigale V4 SP2 dan Streetfighter V4 SP2, motosikal ini dilengkapi cekam kering STM-EVO SBK dari bilet aluminium dengan konfigurasi gegelung dan slipper ramp khas.

Selain melancarkan tunggangan semasa pembrekan, komponen itu mengkayakan lagi bunyi ekzos dan semasa cekam dilepaskan.

 

Ducati Multistrada V4 RS 2024

 

Bagi menambah baik keselesaan terma (suhu), sistem akan nyahaktif silinder belakang ketika motosikal tidak bergerak, neutral atau suhu lebih lebih 70 darjah celsius.

Selain itu, saluran yang mengalirkan udara pada kaki penunggang boleh ditutup. 

Sela penyelenggaraan untuk memeriksa kelegaan injap ialah pada setiap 30,000 kilometer (km).

 

Ducati Multistrada V4 RS 2024

 

Dari segi rekaan, Multistrada V4 RS dilengkapi perkakasan gentian karbon seperti adang lumpur rekaan khas, pelindung haba dan paruh depan.

Ekor belalang teknopolimer yang ringan disatukan dengan pemegang pembonceng dan nampak langsing.

Rangka tempat duduk dari titanium meringankan motosikal sebanyak 2.5 kg berbanding model standard.

 

Ducati Multistrada V4 RS 2024

 

Multistrada terbaru ini dilengkapi pakej elektronik Multistrada V4 S di antaranya Kawalan Suai Pandu (ACC) dan Pengesanan Titik Buta (BSD).

Kelengkapan lain seperti biasa, 4 Mod Kuasa ( (Full, High, Medium, Low), Kawalan Cengkaman Ducati (DTC), dan Kawalan Lompatan Ducati (DWC).

Turut dilengkapi, Kawalan Brek Enjin dan Penukar Cepat Ducati (DQS) Atas&Bawah.

 

Ducati Multistrada V4 RS 2024

 

Kesemua sistem itu ditentukur untuk Multistrada V4 RS dan disepadukan dengan Mod Tunggangan Race, Sport, Touring dan Urban.

Mod Full Power pada model ini adalah yang pertama dalam siri Multistrada dan memberi kuasa maksimum pada semua gear dengan tindak balas serta-merta dari pendikit.

Mod kuasa lain juga mempunyai ciri tersendiri sebagai contoh kuasa maksimum pada gear empat hingga lima dalam mod High.

 

Ducati Multistrada V4 RS 2024

 

Mod itu juga hanya mengurangkan sedikit tork pada gear satu hingga tiga. Mod Medium lebih kurang sama namun dengan tindak balas pendikit yang lebih sederhana.

Mod Low mengurangkan kuasa sehingga 114 hp dan dengan tindak balas pendikit yang lancar.

Casis Multistrada V4 RS dibangunkan mengikut roda depan 17 inci untuk tunggangan yang jitu. Rangka model ini berbeza daripada Multistrada V4 S dan Rally.

 

Ducati Multistrada V4 RS 2024

 

Pemilihan itu bagi mendapatkan sudut condong kepala stereng 25.75 darjah berbanding 24.5 darjah dan diterjemah kepada ukuran sudut depan (trail) dan jarak roda.

Faktor utama ialah untuk menyesuaikan dengan ciri sporti dan kaedah tersebut telah digunakan pada V4 Pikes Peak.

Rim tempa aluminium Marchesini yang digunakan 2.7 kg lebih ringan berbanding V4 S dan membantu dinamika motosikal.

 

Ducati Multistrada V4 RS 2024

 

Rim itu dipadan bersama tayar Diablo Rosso IV Corsa saiz 120/70 di depan dan 190/55 di belakang.

Set suspensi Öhlins Smart EC 2.0 membuat pelarasan mengikut gaya tunggangan.

Sistem itu yang sebelum ini diguna pada Multistrada V4 Pikes Peak ditentukur bagi mendapatkan keseimbangan di antara keselesaan semasa tunggangan biasa dan berprestasi.

 

Ducati Multistrada V4 RS 2024

 

Set brek diambil dari Panigale V4 dengan cakera depan 330 milimeter (mm) dan angkup blok tunggal Brembo Stylema sama seperti Multistrada V4 S. 

Pad brek boleh ditukar ganti dengan Panigale V4. Bahagian belakang menggunakan cakera tunggal 265 mm dan angkup Brembo.

Set itu menggunakan elemen pengepaman lebih kecil dan memperbaiki kuasa dan modulasi.

 

Ducati Multistrada V4 RS 2024

 

Selain komponen gentian karbon dan aluminium, model ini dipasang bateri kecil dan secara keseluruhan tiga kilogram lebih ringan daripada V4 Pikes Peak.

Dari segi tungangan, perehat kaki dianjak tinggi dan ke belakang untuk sudut rebahan maksimum selain hendal lebih rendah.

Berkenaan harga, Multistrada V4 RS ditawarkan pada 31,995 pound (RM184,964) dan setiap unit dibuat dalam nombor bersiri dan dipaparkan pada plat aluminium.

 

Ducati Multistrada V4 RS 2024

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin