Ducati Panigale V4 Lamborghini, 630 unit 63 untuk pemilik Lamborghini!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati Panigale V4 Lamborghini
Ducati Panigale V4 Lamborghini
Selepas Ducati Streetfighter V4 Lamborghini dan Diavel 1260 Lamborghini kedua-dua syarikat Itali ini kembali dengan satu lagi projek istimewa.

Ducati Panigale V4 Lamborghini yang tampil menawan, garang dan dikeluarkan sebanyak 630 unit. 

Ratusan unit bermakna ramai yang berpeluang untuk memilikinya kecuali 63 unit khas untuk pemilik Lamborghini.

Projek istimewa ini melibatkan Ducati Panigale V4 S dan Lamborghini Revuelto.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025
Ducati Panigale V4 Lamborghini

 

Panigale V4 ini dengan jelas membawa inspirasi dari Revuelto, kereta super hibrid pertama Lamborghini atau dipanggil High Performance Electrified Vehicle (HPEV).

Nadi petrol V12 dengan tiga motor elektrik menghamburkan 1,015 kuasa kuda (hp) dan pecutan 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 2.5 saat.

Ketangkasan Reveulto turut disumbang gentian karbon dan bahan ultra ringan lain dan menjadikan HPEV ini memiliki nisbah berat-kuasa terbaik dari Lamborghini.

Pemandu dan penumpang sebelah boleh merasakan kelajuan tertinggi melebihi 350 km/j.

 

Ducati Panigale V4 Lamborghini

 

Grafik unik V4 Lamborghini adalah hasil kerjasama di antara  Ducati Centro Stile dan Lamborghini.

Bukan sekadar latar belakang hitam, panel badan V4 Lamborghini menampakkan corak jalinan gentian karbon.

Di United Kingdom, Ducati Panigale V4 Lamborghini dijual pada harga 67,000 pound (RM385,245).

Dengan sejumlah peminat sejati dan ratusan unit ditawarkan, motosikal ini dijangka tiba di dalam negara. Mungkin juga termasuk unit khas buat pemilik  Lamborghini.

 

Ducati Panigale V4 Lamborghini

 

Ciri Utama Ducati Panigale V4 Lamborghini:

  • Edisi khas terhad kepada 630 unit bernombor
  • Enjin Desmosedici Stradale 1,103 cc
  • Kuasa maksimum: 218.5 hp @ 13,500 rpm*
  • Tork maksimum: 122.1 Nm @ 11,250 rpm*
  • Berat (tanpa minyak): 185 kg
  • Nisbah kuasa-berat: 1.18 hp/kg
  • Rangka hadapan aluminium
  • Tangki aluminium berkapasiti 17 liter
  • Suspensi Ducati Electronic Suspension (DES) 3.0
  • Fork Öhlins NPX-30 dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 3.0
  • Penyerap hentak Öhlins TTX 36 dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 3.0
  • Damper stereng Öhlins dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 3.0

 

 Ducati Panigale V4 Lamborghini 2025

 

Reka Bentuk & Komponen Eksklusif:

  • Roda aluminium tempa dengan rekaan sama seperti Lamborghini Revuelto
  • Rekaan ekor dan sayap diinspirasikan daripada Lamborghini Revuelto
  • Pelana eksklusif dengan kemasan diinspirasikan dalaman Revuelto
  • Cermin angin Plexiglas gaya perlumbaan
  • Corak gentian karbon dengan riasan dalam warna Verde Scandal, Grigio Telesto dan Grigio Acheso Tricolore
  • Pelbagai komponen gentian karbon:
    • Panel badan, madgad depan dan belakang
    • Penutup rantai, pelindung tumit
    • Penutup fork, pelindung ekzos
    • Penutup alternator, pemegang plat lesen
    • Pelindung tangki, pemegang instrumen, salur udara radiator
  • Sistem ekzos titanium Akrapovič dengan penutup karbon
Ducati Panigale V4 Lamborghini

 

Spesifikasi Eksklusif Tambahan:

  • Klac kering
  • Penutup klac terbuka gentian karbon***
  • Tuil brek dan tuil klac daripada aluminium billet, bersama pemberat imbangan (counterweight)
  • Pemijak kaki boleh laras diperbuat daripada aluminium billet
  • Kepala triple clamp yang dimesin daripada aluminium billet, dengan nama model dan nombor unit
  • Paparan instrumen animasi khas semasa dihidupkan, memaparkan nama motosikal dan nombor unit
  • Kunci penyala aluminium khas dengan nombor unit
  • Penutup tangki bahan api gaya perlumbaan daripada aluminium billet***
  • Salur udara brek hadapan dalam gentian karbon***

 

 Ducati Panigale V4 Lamborghini 2025

 

Peralatan dan Aksesori Tambahan

  • Kit litar termasuk:
    • Penutup tangki bahan api
    • Penutup klac gentian karbon terbuka***
    • Kit pembuang pemegang plat lesen***
  • Sijil ketulenan***
  • Sarung motosikal khas***
  • Kotak pengangkutan kayu eksklusif**
  • Stand belakang khas dengan warna sepadan motosikal**
  • Kotak untuk komponen eksklusif**

* Hanya untuk model homologasi Euro 5+
** Peralatan tambahan
*** Peralatan tambahan yang tidak diluluskan untuk penggunaan atas jalan raya

 

 Ducati Panigale V4 Lamborghini 2025

 

Lamborghini Revuelto Ad Personam

  • Grafik dwiwarna Grigio Telesto & Nero Noctis dengan riasan Verde Scandal  
  • Roda 21"/22" Altanero Shiny Black  
  • Elemen karbon fiber (bumbung, tukup enjin, spoiler)  
  • Logo 63 eksklusif  
  • Carbon Interior Pack dengan balutan Unicolor Leather & Corsa Tex  
  • Jahitan dan profil Verde Scandal
  • Kerusi Nero Ade dengan hiasan "Y" Verde Scandal  
  • Dua plat karbon fiber di papan instrumen, satu dengan logo Ad Personam, satu lagi bertulis Drive Ducati Beyond

 

 Ducati Panigale V4 Lamborghini 2025

 

Panigale V4 Lamborghini Speciale Clienti

Selain 630 unit biasa, Ducati menghasilkan siri lebih eksklusif untuk 63 pelanggan Lamborghini dengan penawaran berikut:  

  • Memilih warna motosikal mengikut kereta Lamborghini
  • Memilih gabungan warna cadangan Ducati Centro Stile  
  • Ukiran nama pada triple clamp  
  • Stand belakang dicat sepadan dengan grafik pilihan  

Pemilik Speciale Clienti juga boleh mendapatkan set perlumbaan (helmet, jaket, sut tunggangan) berwarna sepadan dengan motosikal.  

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Ducati Panigale V4 Lamborghini 2025