Ducati Panigale V4, V4 S dan V2 dilancarkan - bermula dari RM109,900

oleh Mohamad Hanif|
Ducati Malaysia hari ini melancarkan tiga buah model baharu bertempat di Ducati Flagship Showroom, Petaling Jaya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tiga model yang dimaksudkan adalah Ducati Panigale V4, Panigale V2 dan sebuah model Scrambler Icon Dark.
 

Ducati Panigale V4


Model sportbike paling laris terjual di dunia selama dua tahun berturut-turut, dengan penguasaan pasaran 25 peratus atau 8,000 unit terjual.

Untuk model tahun 2020, Ducati telah membawakan penambahbaikan kepada model Panigale V4, menerusi data yang dikumpul daripada pelanggan di seluruh dunia, dan acara Superbike World Championship.

Unit kuasa Ducati Panigale V4 dan Panigale V4 S adalah enjin Desmosedici Stradale 1,103 cc yang mampu menghasilkan 214 kuasa kuda dan 124 Nm @ 10,000 rpm.

 


Antara kelengkapan standard yang dibawakan termasukah pek aerodinamik yang merangkumi aerofoils, skrin, reraup, serta liang udara sisi bagi membenarkan aliran udara yang lebih berkesan, serta meningkatkan kestabilan.

Aspek kawalan tunggangan pula terdiri daripada Ducati Traction Control (DTC) Evo 2, Ducati Quick Shift Up/Down (DQS), serta sistem pemetaan yang dibangunkan spesifik terhadap Ride by Wire dengan beberapa tetapan kawalan daya kilas.

 


Sementara model Panigale V4 S 2020 pula menerima kelengkapan tambahan merangkumi fork hadapan Ohlins NIX-30, penyerap hentak belakang Ohlins TTX36, peredam stereng Ohlins yang dikawal oleh sistem Ohlins Smart EC 2.0.

Harga jualan Ducati Panigale V4 dan Panigale V4 S bermula dari RM132,900 dan RM172,000.

 

Ducati Panigale V2


Selain Panigale V4, Ducati Malaysia turut memperkenalkan Panigale V2 yang tampil dengan rekaan serba baharu. Bukan itu sahaja, jentera berkenaan kini dilengkapi barisan sistem elektronik termaju berdasakan kepada platform 6-axis inertial. 

Pakej elektronik itu meningkatkan lagi aspek keselamatan aktif dan kawalan dinamik dengan menambah fungsi membelok padabrek ABS. Selain menaik taraf quickshifter, kawalan jelajah, brek enjin dan wheelie. Ducati mendakwa Panigale V2 lebih selesa ditunggang dan selamat. 

 


Rekaan fairing menyerlahkan lagi kerangka monokok dan enjin yang kompak. Swingarm sebelah dan ekzos bersama peredam yang diposisikan di bahagian bawah membuatkannya kelihatan cukup kemas.  

Garis badan jentera itu ditingkatkan dengan livery tradisional Ducati berwarna merah dan rim hitam. Pelanggan juga boleh memilih warna putih, dengan kemasan merah pada rim.

Panigale V2 dikuasakan oleh enjin Superquadro yang mematuhi piawaian emisi Euro5. Enjin itu mampu menjana kuasa 155hp dan tork 104Nm pada 9,000rpm. Sela penyelenggaraan dijadualkan pada setiap12,00km atau 12 bulan.

 


Aspek keselamatan ditingkatkan menerusi pelbagai sistem seperti ABS Bosch Cornering EVO, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, Ducati Quick Shift Up/down (DQS) EVO dan Engine Brake Control (EBC) EVO.

Semua kawalan tunggangan disepadukan ke dalam tiga mode iaitu Race, Sport dan Street yang boleh diubah suai menerika paparan TFT bersaiz 4.3 inci. Paparan itu hadir dengan grafik mesra pengguna yang membolehkan anda melihat menu, mengubah talaan dan sebagainya.

Ducati Data Analyser + GPS (DDA + GPS) membolehkan penunggang memantau data-data yang spesifik. DDA + GPS akan memapar dan merekod catatan masa. Di samping bukaan pendikit, kelajuan motosikal, rpm, gear yang dipilih suhu enjin dan banyak lagi.  

 


Panigale V2 boleh digunakan bersama Ducati Multimedia System (DMS). Jadi, penunggang boleh menjawab panggilan telefon, menerima mesej dan mendengar muzik menerusi Bluetooth.

Jentara itu ditawarkan pada harga RM109,900 dan sudah boleh ditempah di pengedar Ducati terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…
Berita Global
  Enjin Desmosedici Stradale R Seperti model 2022, Panigale V4 R menggunakan enjin 998 cc…
Berita Global
Fairing hitam kusam      Imej paling jelas dibawa V4 SP2 ialah grafik Ujian Musim Sejuk (Winter…