Lebih 33 ribu motosikal
Dari segi jualan pula, sebanyak 33,265 motosikal dihantar kepada pelanggan di serata dunia. Jumlah itu sebenarnya menyusut 3.6 peratus berbanding enam bulan pertama 2021.
Peningkatan prestasi kewangan itu antaranya oleh permintaan tinggi dari pelanggan, disiplin dalam kos tetap dan margin yang lebih baik.
Pasaran China semakin berkembang
Dari segi permintaan, pasaran terbesar ialah negara kelahiran Ducati sendiri dengan penghantaran sebanyak 6,028 unit diikuti Amerika Utara sebanyak 5,239 unit.
Pasaran ketiga ialah Jerman sebanyak 3,745 unit dan Perancis 2,647 unit. Pasaran China pula berkembang sebanyak 12 peratus dengan jumlah penghantaran 2,411 unit.
Model mana paling laris?
Sejak dilancarkan pada 2020, Multistrada V4 telah menjadi pilihan ramai dan jualan untuk enam bulan pertama 2022 ialah sebanyak 6,139 unit!
Tempat kedua diduduki oleh Monster dengan jumlah 4,776 unit dan tempat ketiga dipegang Scrambler Ducati 800 sebanyak 3,999 unit.
Lebih 90 buah negara
Setakat ini Ducati berada di lebih 90 buah negara dengan 797 pengedar, 21 daripadanya baru sahaja dibuka dalam tempoh enam bulan pertama 2022.
Di pasaran tempatan, Ducati Malaysia baru sahaja melancarkan Panigale V4 dan Panigale V4S pada harga permulaan RM145,900 dan RM188,900.
Penulis: Muhammad Md Tajudin