Ducati Scrambler 1100 PRO, Sport PRO - bermula dari RM75,900

oleh Mohamad Hanif|
Melengkapkan lagi penawaran barisan model Scrambler di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd membawakan sebuah lagi model baharu iaitu Ducati Scrambler 1100 PRO dan 1100 Sport PRO untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi kuasa, Ducati Scrambler 1100 PRO dan 1100 Sport PRO datang dengan enjin L-Twin Desmodromic 1,079 cc yang menghasilkan 84.7 kuasa kuda @ 7,250 rpm dan 90.5 Nm daya kilas @ 4,750 rpm, sistem suntikan bahan api dan transmisi enam nisbah kelajuan.

Penggunaan bahan api pula dicatatkan serendah 5.2 liter untuk setiap 100 km.

 


Ducati Scrambler 1100 PRO dan 1100 Sport PRO masing-masing datang dengan rangka Trellis, namun sistem tetapan suspensi pula adalah berbeza di mana model 1100 PRO dilengkapi dengan suspensi hadapan fork USD Marzocchi boleh laras 45 mm, diikuti monoshock Kayaba di bahagian belakang.

Sementara model 1100 Sport PRO lebih lengkap dengan suspensi Ohlins USD fork 48 mm boleh laras sepenuhnya, dan penyerap hentak tunggal Ohlins di bahagian belakang.

Set rim pula adalah bersaiz 18 inci hadapan, serta 17 inci di belakang yang dibaluti tayar Pirelli MT 60 RS.

 


Kedua-dua model Scrambler ini dilengkapi dengan sistem brek Monobloc Brembo, dengan angkup brek 4 omboh hadapan dan 2 cakera 320 mm, manakala bahagian belakang pula didatangkan dengan angkup brek omboh tunggal dan cakera brek 245 mm, serta bantuan Bosch Cornering ABS.

Dari segi penampilan, Ducati Scrambler 1100 PRO hadir dengan warna dua tona Ocean Drive yang digandingkan dengan rangka Trellis dan subrangka aluminium belakang berwarna hitam, diikuti dengan ekzos dual tailpipe, dan penampilan liveri baharu.

Ia juga turut didatangkan dengan lampu utama dengan rangka unik yang diinspirasikan daripada penggunaan pita pelekat pelindung era 70-an, serta rekaan keluli berbentuk X di dalam unit lampu tersebut menjadikannya mudah untuk dicam.

 


Sementara model Ducati Scrambler 1100 Sport PRO diserlahkan dengan penggunaan handlebar jenis low-slung, cermin sisi Cafe Racer, skema warna Matt Black serta panel sisi yang dicat logo 1100.

Dari segi keselamatan, kedua-dua varian 1100 PRO ini hadir dengan ciri seperti Ducati Traction Control, ABS Cornering, serta tiga mod tunggangan iaitu Active, Journey dan City.

Harga jualan adalah seperti berikut:

Ducati Scrambler 1100 PRO - RM75,900.00
Ducati Scrambler 1100 Sport PRO - RM80,900.00

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat motosikal Itali itu menyatakan bahawa tahun 2022 mencatatkan jualan tahunan terbaik mereka…
Berita Global
Dari segi penampilan, ia membawakan penghormatan buat model asal Scrambler yang boleh dilihat…
Pelancaran Motosikal
Membawakan elemen rekaan yang bergaya dengan tempat duduk rata ala-ala Cafe Racer, Scrambler…