Ducati Scrambler 2023 rasmi untuk pasaran Malaysia - 3 varian, 4 kg lebih ringan, enjin 803 cc, dari RM62,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah diperkenalkan secara global pada tahun 2022, Ducati Malaysia hari ini telah melancarkan Ducati Scrambler 2023 yang kini didatangkan dengan pelbagai komponen baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Scrambler 2023 datang dengan 3 varian iaitu Icon, Full Throttle dan Nightshift yang tampil dengan gaya tersendiri bersama keseronokan tunggangan dan kebolehan untuk menghadapi jalan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.

Ianya merupakan sebuah motosikal yang lebih dinamik, mudah ditunggang dan selamat untuk kegunaan harian, dengan reka bentuk baharu yang menawan dan moden.

 

2

 

Scrambler 2023 kini didatangkan dengan pelbagai komponen baharu di mana ia kini 4 kg lebih ringan.

Antara perubahan besar yang menyumbang kepada pengurangan berat ialah penggunaan kerangka trellis bersama kerangka belakang terpisah daripada kerangka utama.

 

3

 

Ia turut didatangkan standard dengan sistem Cornering ABS dan Kawalan Cengkaman Ducati (DTC) untuk tunggangan lebih selamat.

Bagi ciri Quick Shifter (atas dan bawah) dan ekzos slip-on Termignoni, ia didatangkan standard untuk varian Full Throttle, untuk dua varian lain ia didatangkan sebagai tambahan.

 

4

 

Salah satu ciri menarik Scrambler 2023 ialah kit aksesori Quick Shift untuk varian Icon, dimana anda boleh memilih dari sembilan liveri berbeza yang menarik.

Bagi meningkatkan lagi ciri moden pada Scrambler 2023, ia turut didatangkan dengan teknologi Riding Modes, Ducati Traction Control dan paparan meter TFT bersaiz 4.3 inci.

 

5

 

Dari segi kuasa, Scrambler 2023 dikuasakan oleh enjin 803cc Desmodue L twin yang menghasilkan 73 HP dan 65 Nm, dimana ianya 2.5 kg lebih ringan berbanding enjin terdahulu.

Untuk pasaran Malaysia, Ducati Scrambler 2023 ditawarkan pada harga bermula dari RM62,900 untuk Icon, RM69,900 untuk Fast Throttle dan RM69,900 untuk Nightshift.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Generasi baharu Scrambler kini didatangkan dengan gaya dan konsep yang telah diubah sepenuhnya…
Berita Global
  Enjin itu menghasilkan 73 kuasa kuda (hp) pada 8,250 rpm dan 65Nm pada 7,000 rpm dan 2.5…