Ducati Streetfighter V4 dipilih sebagai motosikal tercantik di EICMA 2019!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda telah pun melihat motosikal Ducati Streetfigher V4 pada acara EICMA tempoh hari dan terdetik di hati anda, "eh cantiknya Streetfighter V4 ini", usah risau, anda tidak keseorangan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut satu kajian yang dijalankan terhadap para pengunjung acara EICMA 2019 dan juga pembaca yang tidak dapat menjejakkan kaki pada tahun ini, motosikal tersebut telah berjaya menambat hati majoriti yang mengundi menerusi Motociclismo

Daripada sepuluh buah model motosikal yang dipamerkan, Ducati Streetfigher V4 menguasai tempat teratas dengan jumlah undian sebanyak 36.7 peratus. 

Manakala tempat kedua pula disandang oleh Aprilia RS 660 (14.9%) dan ditempat ketiga pula jatuh kepada MV Agusta Superveloce 800 (11.23%).

Honda pula berjaya menjadi jenama bukan Itali yang berjaya menduduki tempat empat teratas, namun peratusan yang diterima hanyalah sekadar 9.43% menerusi model CBR1000RR-R SP. 

Di bawah merupakan senarai penuh sepuluh buah motosikal popular di EICMA 2019.