Duo ayah dan anak, kembara guna Perodua Kelisa rentas 20 Negara

oleh Penyumbang Rencana|
Dari Tampin ke Greece, duo ayah dan anak lelakinya ini telah melakukan kembara yang boleh dikatakan sangat mencabar apabila mereka merentas setiap negeri dengan hanya menggunakan sebuah Perodua Kelisa!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perodua Kelisa atau nama panggilannya "Wheely" telah menjadi kereta dan saksi pengembaraan dua beranak Nursulhi Rahim, 45 dan anaknya Muhammad Aidil, 17 yang mengelilingi dunia bermula semenjak November 2019.

 

Kelisa

 

Perjalanan kembara mereka bermula dari Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Turki, Bulgaria, Romania, Hungary, Slovenia, Autria, Jerman, Belanda, Denmark, Sweden, Norway, Belgium, Perancis, Switzerland, Itali, Greece dan kembali ke Turki.

Akibat wabak pandemik Covid-19 yang mula melanda dunia ketika itu, mereka terpaksa pulang ke Malaysia, seminggu sebelum PKP bermula iaitu pada 18 Mac 2020. Kereta Kelisa atau nama panggilannya "Wheely" terpaksa ditinggalkan di Turki.

 

Kelisa

 

Pengembaraan itu kemudian di sambung pada 15 September 2022, dimana mereka mengambil semula Kelisa yang ditinggalkan selama 3 tahun itu di rumah seorang rakan di Bayramic, Canakkale, Turki.

Pengembaraan mereka diuji apabila Kelisa yang ditinggalkan lama itu mengalami masalah kotak gear.

Tanpa pengetahuan tentang membaiki kereta, mereka berusaha membaik pulih kerosakan itu dengan bantuan rakan mekanik di Malaysia melalui panggilan video dan bantuan orang tempatan.

 

Kelisa

 

Setelah memulakan semula perjalanan dari Turki, Iran dan Pakistan, dua beranak itu sekali lagi terpaksa meninggalkan kereta Kelisa itu akibat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Dua beranak itu mengambil penerbangan pulang dan tiba di Malaysia sehari sebelum Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Nursulhi berkata, "Pertama, tiba-tiba rasa gila untuk mengembara itu datang dan menyebabkan saya tidak senang duduk selagi saya tidak melakukannya", Nursulhi menyatakan memang hasratnya untuk membawa anaknya, Aidil untuk melihat dunia.

 

Kelisa

 

Nursulhi turut berkata, "dari aspek pencapaian akademiknya dia sedikit kurang, jadi saya mahu bawa dia tengok dunia sambil membuka pandangan dan harapan baru dalam dirinya bahawa kehidupan kita sebenarnya adalah lebih luas dari sekadar pencapaian akademik semata-mata".

Nursulhi berhasrat untuk membawa Kelisa itu pulang semua ke Malaysia suatu hari nanti. Ianya memang suatu perkara yang mengagumkan untuk seseorang bersama anaknya menjelajah keliling dunia tanpa penaja dan publisiti.

Usaha dua beranak ini pastinya dapat menjadi inspirasi dan panduan untuk mereka di luar sana yang ingin mengembara melihat dunia.

 

Sumber: BackPackerz

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Tiga tahun.  1,119 hari.  95,000 km atas jalan dengan hanya menggunakan tenaga elektrik! Seorang…