Duo Kawasaki Ninja 500, Z500 2024 dapat enjin baharu 451 cc

oleh Mohamad Hanif|
Pertengahan tahun yang lalu, Kawasaki sebenarnya telah melancarkan sebuah cruiser baharu yang digelar sebagai Eliminator 2024, di mana ia tampil dengan enjin parallel-twin 451 cc serba baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin tersebut sebenarnya dibina berdasarkan nadi 399 cc yang telah wujud pada Ninja 400, sebelum diberikan penambahan lejang 6.8 mm yang mampu menaikkan sesaran kepada 451 cc.
 

z


Enjin baharu 451 cc itu kini mendiami model 'kembar' dalam segmen 500 cc, iaitu Ninja 500 2024 dan Z500 2024.

Difahamkan, kedua-dua model ini mampu menjana kuasa setinggi 44.7 hp @ 9,000 rpm, daya kilas 43 Nm @ 6,000 rpm, membolehkannya diklasifikasikan di bawah kelas A2 (kuasa maksimum 47 hp).
 

ninja


Kawasaki telah menaik taraf sistem brek di mana rotor hadapan kini bersaiz 310 mm yang sama besar dengan unit pada model Z1000, dibantu dengan sistem ABS.

Selain berkongsi kerangka trellis dan skrin paparan LCD berwarna, Ninja 500 dan Z500 juga boleh dipadankan dengan tempat duduk Ergo-Fit yang mampu meninggikan pelana sebanyak 30 mm.
 

Z


Spesifik untuk model Ninja 500 ialah unit lampu utama LED yang lebih kompak, panel badan baharu dengan bukaan bahagian sisi yang lebih besar untuk aliran udara yang lebih baik.

Terdapat dua versi Ninja 500 ditawarkan untuk pasaran Eropah, iaitu model standard dan Ninja 500 SE yang menambah pilihan warna badan, paparan TFT, outlet USB-C dan sistem cucuhan tanpa kunci KIPASS (Kawasaki's Intelligent Proximity Activation Start System).  
 

Z


Sementara untuk model Z500 pula mendapat unit lampu utama LED yang dipinjam daripada model Z7 Hybrid, diikuti rekaan fender depan baharu, dan panel badan yang lebih tajam berbanding model Z400.

Sama seperti Ninja 500, Z500 juga boleh didapati dalam dua varian, iaitu standard dan Z500 SE yang mendapat ciri tambahan seperti skrin TFT, pengecasan USB-C dan penambahan reraup bawah two-piece.