Kali ini, sebiji durian nyaris menyebabkan kemalangan maut apabila ia jatuh ke dalam sebuah lori pikap yang sedang melalui jalanraya di Balik Pulau, Pulau Pinang Khamis lalu.
Juruteknik pendingan hawa, Lim Chai Huat, 43, sedang memandu bersama dua pekerja warga Bangladesh melalui laluan berliku di situ apabila sebiji durian melayang dan masuk mengikut cermin sisi pemandu yang terbuka, mencederakan Chai Huat di kepala.
Durian itu kemudian jatuh ke tangan dan kaki salah seorang dari pekerja Bangladesh tersebut.
Durian itu dipercayai jatuh dari lori membawa durian yang lalu di kawasan itu.
"Durian itu jatuh dan termasuk ke dalam lori Chai Huat kerana tingkapnya terbuka," kata Lim Beng Huat, majikan kepada ketiga-tiga pekerja itu.
Lori pikap Nissan Vannete itu terus terbabas dan merempuh kenderaan yang sedang parkir di tepi jalanraya tersebut.
Seorang lagi warga Bangladesh yang duduk di belakang pikap itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.
* Laporan dari The Star