E-dompet TrueMoney kini diterima di stesen minyak BHPetrol, Petron

oleh Penyumbang Rencana 2|
Platform pembayaran digital dan e-dompet Truemoney baru-baru ini mengumumkan perkongsiannya dengan dua syarikat petroleum terulung Malaysia, BHPetrol dan Petron.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan penambahan dua peruncit mobiliti besar ini membolehkan pengguna TrueMoney menikmati pembayaran yang lancar dan mudah di kesemua 794 stesen perkhidmatan Petron dan 320 BHPetrol di seluruh Malaysia.

Dengan penambahan ini, pengguna TrueMoney kini boleh menikmati pengalaman pembayaran yang mudah  apabila mengisi minyak, membuat pembelian atau mengakses perkhidmatan penting di mana-mana lokasi stesen perkhidmatan BHPetrol atau Petron.

Ir. Azizul Azily Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol menyatakan, “Di BHPetrol, kami sentiasa komited untuk memastikan pelanggan kami mendapat pengalaman terbaik bersama kami. Perkongsian dengan TrueMoney ini membolehkan pelanggan kami menikmati pengalaman pembayaran mudah tanpa kerumitan dan tanpa tunai, sama ada mereka mengisi tangki atau menjaga keperluan kenderaan mereka.. Kini pengguna TrueMoney boleh menggunakan e-dompet ini untuk memudahkan proses pembayaran mereka selancar mungkin di stesen-stesen kami.”
 

petron


Pelanggan TrueMoney kini juga boleh memanfaatkan faedah tambah nilai secara tunai di kedai-kedai yang mengambil bahagian, termasuk stesen BHPetrol, stesen minyak Petron, stesen minyak FIVE, Billion Shopping Centre, Hai-O Raya dan banyak lagi. Pembaharuan ini meluaskan rangkaian syarikat untuk meliputi sejumlah 7,475 cawangan yang menawarkan kemudahan tambah nilai tunai.

Jessie Chong, Pengarah Urusan Negara Kumpulan Ascend turut berkongsi pandangan beliau, "Di TrueMoney, kami menyedari bahawa sebagai pengguna harian, kita semua mencari kemudahan yang lebih baik. Penambahan Petron dan BHPetrol pada rangkaian kami membolehkan pengguna kami menikmati kemudahan memiliki kad kredit dan wang tunai mereka terus dalam aplikasi mudah alih.”

“Pelanggan kami sudah pun mula menikmati beberapa faedah yang paling menarik seperti ganjaran pulangan tunai dan hadiah. Mereka kini boleh menikmati faedah ini dan banyak lagi apabila membayar di mana-mana satu daripada lebih 1,100 stesen petrol Petron dan BHPetrol, di seluruh negara.”
 

bhp


Dilancarkan pada Januari lalu, syarikat ini kini telah mengembangkan ekosistem e-dompetnya kepada kira-kira 12,000 peniaga dan 30,000 titik bayaran yang merangkumi sektor runcit, permainan, teknologi dan banyak lagi. 

TrueMoney berhasrat untuk menawarkan kemudahan dan keboleh capaian yang tiada tandingan kepada pelanggannya sambil mengembangkan jejak dalam sektor perkhidmatan kewangan, mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain terkemuka dalam industri.

Penulis: Firdaus Razani