E-Hailing tak perlu tukar kategori kenderaan - Menteri Pengangkutan 

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan bahawa pemandu kenderaan e-hailing seperti MyCar atau Grab tidak perlu menukar kategori kenderaan mereka dari kenderaan persendirian (AB) kepada kenderaan e-hailing persendirian (AH).

Beliau berkata ia (penukaran status kenderaan) akan dilakukan secara automatik melalui sistem permit kenderaan e-hailing (EVP) di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Sebaik sahaja pemandu mendapat lesen e-hailing, sistem itu secara automatik akan mengubah informasi status kenderaan mereka," ujarnya.

Baru-baru ini ramai yang keliru akibat pengumuman baharu untuk pemandu e-hailing oleh JPJ yang bakal berkuatkuasa pada hari Sabtu ini (12 Okt).

Ramai di antara mereka bergegas ke cawangan JPJ untuk menukar status kenderaan mereka.

"Saya minta maaf di atas kekalutan dan masalah yang terbit dari salah faham ini," kata Anthony.

 

 

Penukaran status dari EH kepada AH ialah untuk kegunaan sistem MySikap.

"Penukaran status itu tidak akan ditulis di dalam geran kenderaan," terang menteri tersebut.

Pemandu e-hailing juga tidak perlu mencetak lesen EVP mereka kerana nombor lesen mereka sudah ada di dalam sistem MySikap.

"Tetapi jika mereka mahu cetak untuk rujukan peribadi, silakan," tambahnya.

Sehingga 8 Okt, sejumlah 113,118 calon telah mendaftar untuk kursus EVP dan 54,483 pemandu telah pun lulus dan mendapat lesen EVP mereka.

Kementerian Pengangkutan juga telah meluluskan 57 lesen PSV oleh pemohon cacat pendengaran.

"Penguatkuasaan akan bermula pada 12 Okt ini dan ia akan dilakukan secara berperingkat agar tidak mengganggu industri e-hailing," kata Anthony.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Malah, ada juga warga tempatan yang turut terlibat dalam aktiviti kereta sapu ini. Pemeriksaan…
Berita Domestik
Setiausahanya, Asad Hanapi berkata, antara inisiatif yang diharapkan adalah pelaksanaan…