Earthcruiser Australia hasilkan motorhome enam roda Land Cruiser 79 Series

oleh Mohamad Hanif|
Keupayaan Toyota Land Cruiser sebagai sebuah SUV/trak pikap penjelajah muka bumi memang tidak dapat dinafikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan itu, Land Cruiser 70 Series masih lagi setia dihasilkan sehingga kini, walaupun ia sudah terlalu lama berada di pasaran sejak tahun 1980-an lagi.

Selain digunakan untuk tujuan kerja yang mencabar, Land Cruiser juga sebuah model yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai motorhome/camper.
 

extreme


Earthcruiser Australia baru-baru ini melengkapkan projek mengubah Land Cruiser 79 Series menjadi sebuah motorhome off-road enam roda yang digelar sebagai Extreme 330 6x6.

Untuk menjadikan pemanduan di laluan sukar lebih mudah, Earthcruiser telah memasangkan gandar portal untuk meninggikan jarak lega bumi, selain dibantu dengan tiga kekunci pembeza untuk tiga-tiga gandar.

Menariknya, gandar tengah mempunyai fungsi stereng untuk membantu pengendalian yang lebih baik, serta sistem pelarasan tekanan tayar yang menggunakan data GPS untuk menentukan tekanan yang sesuai berdasarkan kelajuan.
 

xtre


Bukan itu sahaja, terdapat komponen sway bar yang boleh ditanggalkan untuk meningkatkan artikulasi roda di laluan mencabar.

Sistem suspensi beg udara dengan peredam Bilstein itu turut menawarkan fungsi larasan muatan automatik dan pengimbangan ufuk rata.

Selain itu, terdapat empat jek hidraulik untuk meninggikan motorhome sewaktu bermalam, atau membolehkan proses penukaran tayar pancit dibuat dengan lebih mudah.
 

extreme


Extreme 330 6x6 ini mempunyai dua tangki bahan api sebesar 275 liter bagi memastikan ekspedisi ke alam liar yang tidak terganggu.

Di bahagian luar, terdapat empat kotak perkakasan yang boleh dikunci, pancur air, tempat memasak, serta seksyen penyimpanan barangan yang panjang.

Untuk memastikan ruang yang mencukupi, bahagian motorhome menampilkan bumbung yang boleh ditinggikan berkuasa elektrik.
 

xtr


Terdapat ruang tidur yang memadai untuk tiga orang, ruang dapur Corian, tandas kaset, tempat mandi, tangki air bersih 275 liter dan tangki air kotor 27 liter.

Selain daripada dua unit bateri 555 Ah, Extreme 330 6x6 ini mempunyai panel solar bumbung 810 watt yang boleh dinaiktaraf kepada 1,152 watt, inverter 3,000 watt Victron dan alternator 200 Amp.

Segala fungsi kawalan boleh diakses menerusi tablet khas mudah alih, dan terdapat sambungan internet Starlink untuk akses kepada alam maya di mana jua lokasi yang tidak mempunyai liputan komunikasi.