ECRL - Terowong pertama dekat Paka siap 6 bulan lebih awal

oleh SALINA JALIL|
Terowong pertama bagi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dekat Paka, di sini, siap sepenuhnya selepas kerja-kerja penembusan terowong berkenaan selesai dilakukan.


Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, kejayaan menyiapkan terowong sepanjang 1.1 kilometer lebih awal adalah sesuatu yang sangat membanggakan.


Katanya, walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk penangguhan kerja pembinaan selama sembilan bulan, namun penggalian terowong berkenaan berjaya dilakukan enam bulan lebih awal daripada jadual asal.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

 

"MRL melakar satu lagi sejarah dan ia suatu yang boleh dibanggakan kerana Terowong Paka mendahului jadual enam bulan lebih awal sekali gus membuktikan kerjasama erat dan kesungguhan ECRL untuk memastikan projek berjalan seperti dirancang dengan kerja penggalian hanya dalam tempoh 620,000 jam termasuk peletupan terakhir pada jarak 42 meter dari portal selatan.

 

"Terowong Paka ini adalah satu daripada 59 terowong dalam projek mega yang kini sudah mencapai kemajuan sebanyak 98.5 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026," katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan letupan terakhir di Terowong Paka, di Dungun.

 

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak dan Pengarah Urusan CCC-ECRL, Bal Yinzhan.

 

Selain Terowong Paka, dua lagi terowong iaitu Terowong Dungun di Bukit Bauk, di sini, dan Terowong Kuantan yang turut melalui kawasan Jabor di Kemaman.

 

Mohd. Zuki berkata, terowong setinggi 11.8 meter dan 12.9 meter lebar itu dibina untuk mengelak penebangan terbuka dan memelihara hutan simpan di persisiran Paka.

 

Sementara itu, katanya, penggalian terowong kedua iaitu Terowong Dungun dijangka dilakukan pada pertengahan Jun depan.

 

Katanya, pembinaan Projek ECRL kini semakin giat dijalankan dengan pembinaan beberapa terowong berjumlah 14.9 kilometer panjang di Seksyen B (Dungun-Mentakab).

 

"Kebanyakan terowong itu sudah mencapai tahap kemajuan optimum bagi kerja-kerja penggalian dan seterusnya membantu meningkatkan tahap kemajuan keseluruhan projek yang kini sudah mencapai 21.39 peratus," katanya.

 

 

 

 

 

Harian Metro