Konsep bilik pameran baharu itu membuktikan komitmen syarikat dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang unggul dan meningkatkan kepuasan pelanggan dengan jenama Nissan.
Konsep Runcit Nissan bertujuan untuk menginovasikan pengedar Nissan dan menyampaikan standard perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan Nissan di seluruh dunia.

Ia bertumpu pada nilai jenama Nissan sepanjang pelanggan berada di pusat flagship, sama ada untuk memandu uji atau menghantar kereta untuk servis biasa.
Setiap titik sentuh kemudahan mematuhi konsep NRC atau NRC-NEXT telah pun direka bentuk dan diperhalusi semula untuk menyampaikan keseronokan dan kepuasan kepada pelanggan.
Tambahan itu, ETCM turut menganugerahkan perkongsian peniagaan kepada Evo Mobility Sdn. Bhd. (EVO) di Cyberjaya untuk memenuhi keperluan komuniti berdekatannya pada akhir tahun 2023.

EVO mempunyai pengalaman perniagaan dalam pengedaran bahan api yang kukuh dan teguh di kawasan selatan lebih daripada dua dekad, dan kini ia ingin berkembang dan menerokai ruang automotif.
Pusat 3S Nissan telah mula beroperasi pada awal Januari 2024 di bandar Autoville Cyberjaya, satu-satunya hab khusus yang dibenarkan untuk menjalani perniagaan automotif di Cyberjaya.
Cawangan yang bersaiz keluasan keseluruhan 7,300 kaki persegi itu mampu mempamerkan sehingga lima model Nissan, serta menyediakan rangkaian kenderaan pandu uji, pengalaman langsung kepada pelanggan, dan ruang penghantaran kenderaan baharu.

Kedua-dua ruang servis itu mampu menampung sehingga 200 servis setiap bulan, justeru memastikan kerja penyelengaraan dan pembaikan yang cekap dan tepat pada masa.
ETCM akan terus menaik taraf bilik pamerannya yang sedia ada di seluruh negara untuk memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin berkembang dan meningkatkan tahap kepuasan dengan jenama Nissan.