Edison Motors peroleh SsangYong dengan nilai RM1.07 billion

oleh Mohamad Hanif|
SsangYong Motors kini mampu menarik nafas lega apabila berjaya diperoleh konsortium yang diketuai Edison Motors Co dalam satu perjanjian bernilai 305 billion won (RM1.07 billion).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Syarikat automotif Korea Selatan itu sebelum ini berhadapan dengan pelbagai masalah semenjak diambil alih oleh Mahindra pada tahun 2010, dengan jumlah hutang sebanyak 60 billion won, dan kerugian kos operasi bernilai 238 billion won (Januari-September 2021) berdasarkan laporan Reuters.

Malah, SsangYong hanya berjaya menjual sebanyak 84,496 unit kenderaan pada tahun 2021, atau penurunan sebanyak 21 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

Pada ketika ini, perancangan Edison Motors masih lagi kabur, namun syarikat yang sebelum ini membina bas elektrik itu mempunyai perancangan besar di dalam pasaran kenderaan ringan, dan mahu menjadi "Syarikat Apple di dalam industri kenderaan elektrik".

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebahagian daripada langkah pembaharuan jenama itu ialah dengan mengemaskini penawaran model sedia…
Berita Global
Model konsep tersebut terdiri daripada sebuah trak pikap O100, SUV F100 serta crossover kompak KR10…
Berita Global
  Satu lagi fakta, nama SsangYong juga ditukar kepada KG Mobility. Di United Kingdom, SsangYong…