Ego Avantiz diuji

oleh Careta.my|
Kami dapat pinjam seminggu skuter Yamaha Ego Avantiz dari Hong Leong Yamaha Motor. Moto baru ni dilancar 23 Julai lepas, dan model Avantiz ini skuter terbaharu mereka, dengan enjin 125cc SOHC suntikan bahan api, sejukan udara. img_7932-1 Enjinnya ada teknologi Bluecore, yang Yamaha guna pada skuter Nmax tu. Ringkasnya teknologi baru ni enjin lebih kuasa, jadi kecekapan pun lebih bagus. tak perlu cc yang besar untuk dapat keseronokan dari moto cekap bahan api ni. Avantiz juga ada lampu “ECO” dalam panel meter untuk bantu penunggang tahu bila dia menunggang dengan cekap bahanapi. Lagi kerap lampu tu menyala, lagi jimat minyaklah. img_7936-1 img_7939-1 img_7938-1 Yamaha Ego Avantiz ni ada ciri-ciri menarik: - lampu besar LED - lampu belakang pun LED - tempat pegang mudah bagi pembonceng - ruang barang 14 liter, boleh muat helmet jenis Jet - ekzos pun agresif (jangan modified, nanti makan minyak pulak) - brek cakera (disc) supaya membrek lebih baik sesuai dengan enjin 125cc img_7962-1 Ego Avantiz ni lebih mantap rasanya, lebih stabil kalau kita banding dengan model ego lama. Ini disebabkan suspensinya dah dapat tetapan baru, dan panjang keseluruhan juga lebih sikit rasanya, jadi moto ni lebih stabil. Comel cantik, memang sesuai sangatlah untuk pelajar dan yang berbadan kecil, tapi kalau orang besar bawa pun,, ok jer. jadi bolehlah pakcik makcik nak pakai ke kedai ke surau pun. Skuter iniditawarkan pada harga RM 5,717.64 dah masuk gst tapi cukai jalan isurans tak tapau sekali, kena beli asing. Jadi kira sendirilah harga ikat tepi yaa..... img_7965-1 Nak skuter lebih besar? Yamaha Nmax ada..... dan akan ada satu lagi sebelum ujung tahun.... tunggu................... [gallery columns="4" ids="16514,16519,16518,16517,16516,16515,16520,16525,16526,16521,16527,16522,16523,16524,16529,16531,16532,16533,16534"]