Bukan itu sahaja, model produksi sebenar dijangka akan muncul dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Kawasaki Z BEV

Jentera naked berkuasa elektrik ini akan mula dijual 2023 dan dikatakan bakal mematuhi regulasi lesen A1 Eropah.
Motor elektrik tunggal mampu menghasilkan kuasa 14.8 hp, dengan kuasa dibekalkan oleh pek bateri 3.0 kWh.
Ia dikatakan menggunakan asas daripada Z400, dengan unit roda dan brek dipinjamkan daripada model Ninja 300.
Pada EICMA kali ini, Z BEV diberikan liveri grafik serta cat baharu, serta menampilkan tempat pemegang plet pendaftaran yang membuktikan model ini hampir menghampiri fasa produksi.
Kawasaki Ninja BEV

Jentera reraup penuh berkuasa elektrik ini juga turut berkongsi spesifikasi yang hampir sama dengan model Z BEV.
Hanya rupa paras luaran sahaja diambil terus daripada Ninja 400.
Sama seperti Z BEV, Ninja BEV ini akan tergolong dalam kelas A1 Eropah, dan mula dijual pada tahun 2023.
Kawasaki Ninja HEV

Selain dua motosikal elektrik, Kawasaki turut mempamerkan model prototaip dengan trenkuasa hibrid.
Namun, model HEV ini dijangka akan dilancarkan lewat tahun 2024.
Ia dilihat menggunakan asas enjin parallel-twin 399 cc yang diambil daripada Ninja 400, dipadankan dengan motor elektrik.
Dengan binaan panel badan baharu di sekitar subrangka, tidak mengejutkan mungkin di situ Kawasaki menyembunyikan pek bateri untuk motosikal hibrid ini.
Kawasaki Hydrogen Motorcycle

Selain daripada Toyota, Kawasaki juga tidak menolak penggunaan bahan api alternatif hidrogen untuk motosikal masa depan mereka.
Model prototaip ini menggunakan asas daripada Ninja H2 SX, dengan enjin inline-4 pengecas lampau yang sama, namun dengan suapan bahan api gas hidrogen dan sistem pancitan terus.
Jentera ini dikatakan masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan model produksi mungkin tidak akan muncul dalam masa terdekat.