Rekaan tersebut sebenarnya terdiri daripada sayap belakang yang cukup besar serta disokong oleh sebuah 'tongkat' di bahagian tengah.
Namun, tahukah anda Ford Escort RS Cosworth sepatutnya hadir dengan rekaan tiga tingkat menyamai rekaan kapal terbang Perang Dunia Pertama?
Ya, hal ini diakui sendiri oleh perekanya, FranK Stephenson dalam saluran YouTube-nya di mana rekaan sayap belakang Ford Escort tersebut diinspirasikan daripada kapal terbang Fokker Dr.1 - pesawat German Air Force pada ketika itu.
Rekaan Fokker Dr.1 itu sendiri merupakan satu rekaan yang cukup unik di mana pesawat pejuang dengan sayap tiga tingkat yang bertindih antara satu sama lain, dan ia dibawakan pada rekaan awal konsep Ford Escort.
Namun, Ford nampaknya tidak begitu bersetuju dengan idea asal, dan Frank terus membuang sayap tengah menjadikannya rekaan yang kita kenali pada masa ini.
Hasilnya, kereta tersebut masih lagi ikonik, namun menurut Frank, ia seumpama seorang anak yang lahir dengan hanya sembilan jari sahaja.
Idea tersebut nampaknya bukanlah gimik semata-mata, ini kerana hasil dapatan daripada Discovery UK yang cuba mencipta semula idea tersebut memutuskan bahawa rekaan asal tiga tingkat tersebut sebenarnya menyumbang kepada pengendalian yang lebih baik!