Eksport Chery cecah 20,000 unit pada Januari

oleh SALINA JALIL|
Chery Group menyaksikan permulaan tahun yang menggalakkan dengan jualan sebanyak 107,710 unit pada Januari 2022, peningkatan 20 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Bulan Januari tersebut juga mencatatkan jualan terbaik dalam sejarah dari segi jualan Chery di pasaran.

Daripada jumlah tersebut, 26,900 unit dijual di luar China, memaparkan trend perkembangan stabil, terutamanya di pasaran-pasaran utama seperti Rusia, Chile, Brazil dan Mesir, di mana jualan dan bahagian pasaran Chery terus meningkat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

cherry tiggo 7

 

Di Rusia, di mana Chery telah beroperasi selama 17 tahun, jualan Januari 2022 telah melonjak 47 peratus, menempatkannya di kedudukan ke-10 antara semua jenama automotif, menurut data Persatuan Perniagaan Eropah (AEB).

 

Tiggo 7 Pro merupakan model terlaris Chery di Rusia pada Januari.

 

Chery berjaya menduduki tempat kedua di Chile pada Januari dengan jualan 2,969 unit, mewakili 8 peratus bahagian pasaran, menurut Asociación Nacional Autoriz de Chile A.G. (ANAC).

 

Chery turut mengungguli segmen SUV pada Januari dengan 20.5 peratus bahagian pasaran – model Tiggo 2 menjadi penyumbang terbesar.

 

Di Brazil, Chery kekal di antara 10 jenama kenderaan penumpang terlaris dengan jualan 3,131 unit dan menguasai 3.4 peratus pasaran pada Januari, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pengedaran Kenderaan Motor Nasional (Fenabrave).

 

Arrizo 6 Pro menduduki tempat keempat dalam segmen kereta dengan 6.47 peratus penguasaan pasaran, manakala Tiggo 3X, Tiggo 8, Tiggo 5X serta model lain terus mendapat sambutan baik.

 

tiggo 8

 

Di Mesir, jualan Chery turut mencatat peningkatan stabil dengan 1,658 unit pada Januari, setelah mencapai rekod pada Disember 2021 dengan menduduki tempat ketiga keseluruhan jualan kenderaan.

 

Menurut jenama media Mesir tersohor, Contactcars, 2,186 kenderaan Chery didaftarkan pada Januari.

 

Setakat ini, terdapat lebih 10 juta pengguna Chery di seluruh dunia, termasuk 1.95 juta pengguna di luar China.

 

Pada 2022, dengan perasmian Chery’s Future Factory of Intelligent Connected Vehicles, penambahbaikan dari segi teknologi, produk dan jenama, pelancaran produk baharu seperti OMODA 5 serta pembangunan produk adaptif dan usaha globalisasi, jualan Chery Group dijangka melangkah ke tahap baharu.

 

- Adakah Cherry pasal beraksi kembali di negara kita? Sama-sama kita nantikan -
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Chery Group telah mencipta sejarah baharu apabila berjaya merekodkan 1,232,727 unit jualan secara…