Ekzos 'Race' Milltek Sport untuk Audi RS3, RM13.5k sahaja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ekzos Race dari Militek Sport untuk Audi RS3
Ekzos Race dari Militek Sport untuk Audi RS3
Militek Sport sudah lama beroperasi atau lebih tepat ditubuhkan pada tahun 1983. Ibu pejabat syarikat terletak di United Kingdom dan mempunyai pusat pembangunan dan ujian berhampiran litar Nürburgring.

Kepada pemilik Audi RS3 Sportback dan Saloon, ada buah tangan terbaru dari Militek Sport.

Audi RS3 8Y dilancarkan pada Julai tahun lalu dan model ini telah memasuki pasaran Singapura pada April lepas.

Lawannya ialah Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ dan Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ yang kedua-duanya dalam gaya badan hatchback dan sedan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ekzos Race dari Militek Sport untuk Audi RS3.03

 

RS3 digerakkan enjin 2.5 liter TFSI lima silinder dan dipadan bersama transmisi automatik tujuh kelajuan dua klac dengan pacuan semua roda.

Kuasanya? 400 PS dan daya kilas 500 Nm dengan daya pecutan 0-100 km/j hanya memerlukan 3.8 saat.

Sistem ekzos Race dari Milltek Sport ini pula direka untuk membangkitkan lagi tona 'muzik' enjin lima silinder RS3.

Ianya dibangunkan dan dikeluarkan di UK dengan ujian tambahan dibuat di ibu pejabat dan pusat R&D syarikat berhampiran Nürburgring.

Ekzos ini boleh menggantikan ekzos asal secara terus dengan penapis berzarah (particulate filter) dari kilang dikekalkan dan sepadan dengan mod pemanduan RS tanpa perlu pemetaan tambahan.

Seperkara menarik, sistem ekzos ini yang paling kuat (bising) dan agresif dari Milltek Sport untuk RS3.

 

Ekzos Race dari Militek Sport untuk Audi RS3

 

Dari segi binaan, ianya dibuat menggunakan besi tahan karat gred pesawat dan direka supaya tahan lasak.

Sistem ekzos ini juga sepadan dengan Kawalan Injap Aktif (AVC) Milltek Sport dan pemandu boleh mengawal bunyi dan tahap kuat atau perlahan melalui aplikasi telefon pintar.

Berapakah harganya? Di UK, sistem ekzos Milltek Sport RS3 Race berharga £2,566.80 atau bersamaan RM13,512.

Kepada yang berminat dengan RS3, model berprestasi dari Audi biasanya ditempah khas atau dibawa masuk oleh pengimport bebas.

Sementara itu, Audi di pasaran tempatan sekarang ini diwakili pengedar baharu, PHS Automotive Malaysia.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ekzos Race dari Militek Sport untuk Audi RS3