Elak serpihan tayar, motosikal terbabas dan terbakar

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemuda terselamat apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum terbakar di Kilometer (KM) 385.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Slim River awal pagi semalam.



Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa cuba mengelak serpihan tayar yang berada di atas jalanraya.

 

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.04 pagi.

 

Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River diketuai PBK II Yusli Abdul Latif dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

“Mangsa, Alif Amirul Harun, 21, dipercayai menunggang motosikal sendirian dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Tapah.

 

“Akibat kemalangan tersebut, motosikal mangsa terbabas dan terbakar,” kata jurucakap itu.

 

Mangsa yang terselamat hanya mengalami kecederaan pada kepala dan tangan serta diberikan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Slim River.

 

 

– K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, siasatan awal mendapati kemalangan…
Berita Domestik
"Siasatan mendapati suspek bekerja sebagai juruteknik di Singapura itu tiada memiliki rekod lampau…
Berita Domestik
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli…