Elakkan lima lagu ini ketika memandu

oleh Mohamad Hanif|
Penulis percaya, ramai di antara kita (khususnya pemandu kereta) mempunyai senarai lagu tersendiri untuk dijadikan sebagai halwa telinga di atas jalan raya.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Ada yang minat mendengar irama Malaysia, Siti Situ Sana Sini (contohnya), atau ada yang lebih suka irama jazz yang lebih menenangkan, atau yang lebih 'hardcore' sukakan muzik yang berirama pantas. 

Namun, tahukah anda berdasarkan kajian yang dibuat oleh South China University of Technology, irama muzik yang mempunyai tempo yang sangat tinggi dan pantas (120 bpm - beats per minute) cenderung untuk menjadikan pemanduan yang tidak berhemah.

Peserta di dalam kajian ini diberikan sebuah simulasi pemanduan dalam masa 20 minit di atas 'lebuhraya enam laluan' sambil didengarkan satu genre muzik atau tiada langsung muzik didendangkan. 

Hasil kajian mendapati, secara purata peserta akan menukar laluan sebanyak 70 kali dalam masa 20 minit, namun ia akan meningkat kepada 140 kali apabila muzik pantas (seperti rock) dimainkan. 

Selain daripada itu, faktor muzik juga turut memberikan kesan kepada penambahan purata halaju kenderaan sebanyak 5 mph (8 km/j) melebihi halaju yang telah ditetapkan. 

 


Kajian itu juga turut menyenaraikan lagu-lagu yang dirasakan amat berbahaya untuk didengari ketika memandu:

American Idiot / Green Day
Party in the USA / Miley Cyrus
Mr Brighside / The Killers
Dont Let Me Down / The Chainsmokers
Born to Run / Bruce Springsteen

Manakala lima lagu yang paling tidak berbahaya adalah seperti berikut:

Stairway to Heaven / Led Zeppelin
Under the Bridge / Red Hot Chilli Peppers
God's Plan / Drake
Africa / Toto
Location / Khalid

Menurut Qiang Zeng, ketua penyelidik di universiti berkenaan menjelaskan hasil kajian yang didapati mungkin menemukan cara pengurusan dan latihan, khususnya kepada para pengendali pengangkutan, selain boleh mengurangkan risiko gangguan kepada pemandu. 

Sumber: AutoExpress

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Video lagu yang agak catchy ini walaupun ia menampilkan sebuah Toyota Supra A70 warna merah, maksud…