Electreon menang tender bina jalan dengan pengecasan nirwayar di Perancis, Norway

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat pemula dari Israel, Electreon telah berjaya memenangi tender untuk memasang kemudahan pengecasan tanpa wayar di jalan raya di Perancis dan Norway.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Perancis, Electreon akan memasang kemudahan tersebut di seksyen sepanjang 2 km di lebuh raya A10 berdekatan Paris, serta mendirikan stesen pengecasan tanpa wayar pegun bersebelahan dengan jalan tersebut.
 

electreon


Sementara di Norway pula, Electreon akan melaksanakan pembinaan jalan raya dengan kemudahan pengecasan tanpa wayar tersebut di sebatang jalan berdekatan depot bas yang dikendalikan oleh AtB AS.

Menurut laporan, sistem pengecasan tanpa wayar ini membolehkan bas elektrik untuk beroperasi tanpa memerlukan pek bateri berkapasiti yang lebih besar dan berat.
 

electreon


Satu kajian dari Kementerian Pengangkutan Perancis mendedahkan teknologi jalan dengan pengecasan tanpa wayar ini mampu mengurangkan kadar emisi CO2 sebanyak 86 peratus.

Kesimpulan daripada kajian itu mendapati trak tugas berat berkuasa elektrik perlu dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti besar, dan perlu berhenti di stesen pengecasan sekiranya teknologi Electreon tidak digunakan.

Electreon sebelum ini telah membuktikan keberkesanan sistem tersebut dengan memandu sebuah Toyota RAV4 PHEV sejauh 1,924.56 km selama lebih 100 jam, dan ia telah tercatat di dalam rekod sebagai perjalanan elektrik terjauh yang boleh diselesaikan tanpa memerlukan pengecasan.

Sumber: Carscoops