Electrogenic bukan baharu dalam bidang ini dan telah menawarkan pakej untuk model klasik seperti Land Rover Defender, Jaguar E-Type, Porsche 911 dan Triumph Stag.
Kit Mini yang ditawarkan sudah siap dipasang pada subbingkai depan bagi menggantikan subbingkai sedia ada.
Mekanik hanya perlu mengikat skru set subbingkai dan menyambung pendawaian untuk pendikit dan papan pemuka.
Soket pengecasan dipasang kemas pada subbingkai baharu dan untuk itu tiada pendawaian voltan tinggi.
Dari segi kuasa, motor elektrik sejukan cecair menghasilkan 60 bhp dan tork 135Nm dengan tujahan serta-merta 1,000Nm kepada roda melalui transmisi nisbah kekal.
Bateri 20kWj yang dibekalkan juga siap dipasang pada subbingkai dan lengkap dengan pendawaian.
Slot pengecasan Type 2 Eropah pun sama dan boleh diakses melalui pelbagai jenis gril depan buatan khas.
Dari segi jarak, Mini elektrik ini boleh dipandu sehingga 128 kilometer (dalam bandar).
Jarak yang pendek? Untuk itu Electrogenic akan menawarkan satu lagi pakej dengan pek bateri tambahan dipasang di dalam but.
Tidak dinafikan, Mini adalah sebuah model ikonik dan sebarang pengubahsuaian boleh menimbulkan rasa tidak senang.
Usah risau, pemilik boleh memasang semula rangkaian kuasa sedia ada kerana pakej ini dibuat dengan konsep bolehbalik.
Di UK, penukaran enjin pembakaran dalaman kepada nadi elektrik dibenarkan dan sah dari segi undang-undang.
Penulis: Muhammad Md Tajudin