Elmina Motors, pusat 3S terbaharu Honda dibuka di Shah Alam

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia mengumumkan pembukaan Pusat 3S Honda terbaharu oleh Elmina Motors yang merupakan pusat servis ke-28 di negara ini.


Dengan kos pelaburan sebanyak RM22 juta, Elmina Motors ini terletak di Kampung Baru Subang, Shah Alam di kawasan seluas 85,377 kaki persegi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pusat 3S baharu ini dilengkapi dengan 12 petak penyelenggaraan, empat petak membaiki umum, dua petak penyelenggaraan tayar, satu petak penyelenggaraan pendingin hawa, dan satu petak elektrikal dan pusat 3S ini dapat menyelenggara sehingga 30 kenderaan dalam masa satu hari.

 

pic honda elmina

 

 

Selain itu, kemudahan lain turut disediakan seperti ruang menunggu, surau, pantri makanan dan minuman, ruang permainan kanak-kanak, kemudahan WiFi, ruang membasuh kereta serta perkhidmatan pembaharuan cukai jalan dan insurans. 

 

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),  ruang kanak-kanak dan pantri makanan ditutup buat sementara waktu. Para pelanggan juga turut disarankan membuat temujanji lebih awal dan mematuhi langkah-langkah kesihatan yang disyorkan.

 

 

Honda Malaysia turut memaklumkan bahawa mereka telah mencatatkan pengendalian lebih daripada 647,100 di bahagian penyelenggaraan untuk kawasan sentral pada tahun 2019, meningkat sebanyak 5.4 peratus berbanding tahun 2018.

 

Pembukaan pusat servis ini dilihat mampu memenuhi permintaan pelanggan yang kian meningkat di bahagian tersebut.

 

Pelanggan boleh menghubungi  Elmina Motors di talian 1300-800-555 atau ke alamat mereka di Lot 72292, Jalan Pekan Subang, Kampung Baru Subang, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor . Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.honda.com.my 

 

 

reception
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…