Elon Musk Jadi Liabiliti? Tesla Terus Hilang Sokongan di Eropah

oleh Qalif Latif|
Syarikat pembinaan terkemuka Denmark, Tscherning, mengejutkan ramai pihak apabila memulangkan keseluruhan armada kenderaan Tesla milik korporat mereka. Tindakan ini bukan berpunca daripada masalah teknikal atau prestasi kenderaan Tesla, tetapi disebabkan oleh pandangan politik yang kontroversial daripada CEO Tesla, Elon Musk.

Dalam kenyataan rasmi, Tscherning menjelaskan bahawa mereka tidak mahu jenama syarikat mereka dikaitkan dengan nilai dan pendirian politik Elon Musk yang semakin ekstrem.

Sebagai alternatif, Tscherning akan beralih kepada kenderaan elektrik buatan Eropah.

Tscherning bukanlah satu-satunya organisasi yang mengambil langkah tegas terhadap Tesla. Pada tahun lalu, rangkaian farmasi terbesar Jerman, Rossmann, turut menjual armada Tesla mereka dan mengumumkan tidak akan membeli kenderaan Tesla lagi, atas alasan Elon Musk menyokong calon presiden Republikan AS, Donald Trump tokoh yang sering meremehkan isu perubahan iklim.

Selain penolakan korporat, pengguna individu juga melancarkan kempen protes. Di Switzerland, seorang pemilik Tesla menyumbang kepada badan amal progresif bagi setiap kilometer yang dipandu, manakala pelekat anti-Elon dijual secara terbuka di Jerman. Gerakan seperti “Tesla Takedown” mula menggesa boikot terhadap syarikat itu secara terbuka.

Kisah ini mencerminkan realiti baharu dunia korporat: apabila figura utama sesebuah syarikat menjadi terlalu berpengaruh, setiap tindak-tanduk mereka akan memberi impak terus kepada persepsi awam.

Berita Berkenaan

Berita Global
Keputusan itu dibuat hampir dua tahun selepas Mahkamah Chancery Delaware membatalkan pakej pampasan…
Berita Global
Latar Belakang Perselisihan Musk dan Waymo Kenyataan Musk itu tercetus selepas perbualan tentang…
Berita Global
Aduan pengguna lain menimbulkan persoalan mengenai kawal selia Tesla Seorang lagi pengguna Reddit…