Elon Musk mahu beli Twitter $41 bilion tunai

oleh Mohamad Hanif|
Elon Musk membuat tawaran untuk membeli syarikat Twitter dengan nilai keseluruhan $41 bilion (RM173 bilion), atau $54.20 untuk setiap saham.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Beliau yang juga CEO Tesla mengumumkan penawaran tersebut setelah didapati menolak tawaran untuk menyertai barisan lembaga pengarah laman mikroblog tersebut awal minggu lalu.

Menurut penganalisa, langkah tersebut menunjukkan niat sebenar Elon Musk untuk mengambil alih syarikat tersebut, setelah kerusi lembaga hanya akan mengehadkan peganganya kepada bawah 15 peratus sahaja.

"Sejak membuat pelaburan, saya sedar syarikat ini tidak akan berkembang maju, atau memenuhi keperluan masyarakat dalam bentuk semasanya. Twitter perlu ditransformasikan," menurut surat yang dihantar kepada Pengerusi Twitter Bret Taylor.

Tambahnya lagi, tawaran yang diberikan adalah muktamad, dan sekiranya tidak diterima, beliau akan mempertimbangkan semula kedudukannya sebagai pemegang kepentingan.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut pengarah urusan American Chamber of Commerce Indonesia, A. Lin Neumann mendedahkan beberapa…
Berita Domestik
Dalam ciapan tersebut, Fahmi berkata, "Saya telah menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan…
Berita Domestik
Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi dialog bersama agensi penguatkuasaan di Pusat…