Elon Musk mahu pengeluar kereta kembali beriklan di Twitter

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: india today
Selepas CEO Tesla membeli Twitter, ada di antara pengeluar automotif menghentikan sementara pengiklanan di media sosial tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

General Motors merupakan pengeluar pertama yang membuat langkah tersebut, diikuti Volkswagen dan juga Stellantis.

Ketika bercakap di Twitter Spaces awal minggu lalu, Musk berjanji tidak akan memberikan kelebihan kepada syarikatnya Tesla, dan berharap lebih banyak eksekutif automotif kembali aktif di platform tersebut.

“Kami akan cuba berlaku adil sebaik mungkin,” jelasnya.

Elon Musk turut mengakui Twitter mengalami kerugian mendadak selepas beliau mengambil alih laman tersebut pada 27 Oktober lalu.

Sementara itu, General Motors dalam satu kenyataan menjelaskan langkah menghentikan sementara pengiklanan tersebut diambil untuk memahami arah tuju platform tersebut dibawah pemilikan baharu.

 

Berita Berkenaan

Informasi
“Kalau bawa kenderaan ke Thailand, polis sana mintak fizikal kad, kalau tiada boleh kena saman. “…
Berita Global
Beberapa syarikat automotif yang berada di Twitter telah bertindak balas terhadap perubahan…
Berita Global
Sehinggakan akaun rasmi Twitter BMW Amerika Syarikat (@BMWUSA) membuat satu hantaran ringkas…