Emirates larang guna 'power bank' dalam pesawat bermula 1 Oktober

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Syarikat penerbangan utama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates, mengeluarkan larangan penggunaan semua 'power bank' dalam pesawat, berkuat kuasa 1 Oktober 2025.

Pejabat Media Dubai dalam kenyataan pada Selasa berkata, walau semua pesawat Emirates menawarkan kemudahan pengecasan pada tempat duduk, syarikat penerbangan itu menasihatkan pelanggan mengecas penuh peranti mereka sebelum menaiki pesawat, terutamanya untuk penerbangan jarak jauh.

Menurut kenyataan itu, penumpang Emirates dibenarkan membawa satu 'power bank', namun tidak boleh digunakan untuk mengecas peranti.

Ia juga kini dilarang diletakkan di dalam ruang simpanan bagasi dalam kabin.

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada UK Aviation News yang dipetik daripada MoneyControl, sebahagian daripada…