EMOS kini pengedar eksklusif jenama Kawasaki di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat dan pengedar rasmi Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah dilantik sebagai pengedar rasmi Kawasaki di Malaysia berkuatkuasa 1 Oktober 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pelantikan ini bukan sahaja merangkumi aspek pengedaran, malah EMOS juga bertanggungjawab terhadap alat ganti, aksesori, dan maklumat khidmat pelanggan yang melibatkan perkhidmatan teknikal termasuk aktiviti panggil semula jika diperlukan.

EMOS akan menjalani tempoh peralihan selama enam bulan bagi melancarkan lagi proses ambil alih  yang turut dibantu oleh bekas pengedar Kawasaki, KMSB Motors Sdn Bhd.

Dalam tempoh ini, pemilik motosikal Kawasaki boleh boleh merujuk kepada mana-mana wakil pengedar atau stokis Kawasaki bagi pembelian, serta pertanyaan alat ganti dan perkhidmatan teknikal.

Semalam, Careta telah melaporkan bahawa KMSB Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd) telah menghentikan operasi pengedaran bagi jenama Kawasaki di Malaysia selepas 33 tahun.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, model Ninja ZX-25R 2023 itu bakal dilancarkan kelak pada bulan September nanti,…
Berita Domestik
Para peminat MODENAS Ninja 250 ABS kini boleh mendapatkan sportsbike tersebut dengan penawaran…
Berita Domestik
Ia dilapor akan muncul secara rasmi pada tahun ini, dan berita tersebut kemudian disahkan sendiri…