EMOS lancar pusat 4S Kawasaki Shah Alam

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) baru-baru ini telah melancarkan pembukaan pusat 4S Kawasaki Shah Alam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Majlis pelancaran pusat 4S baharu itu telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kawasaki Shah Alam, Dato’ Chear Kin Keong, Ketua Pegawai Eksekutif EMOS, Roslan Roskan dan Ketua Pegawai Pemasaran EMOS, George Kashiwagi.

 

2

 

Pusat 4S Kawasaki Shah Alam itu merangkumi 4 aspek utama iaitu Sales (jualan), Spare Parts (alat ganti), Services (servis) dan Showroom (bilik pameran).

Pusat 4S itu juga dikategorikan sebagai Kawasaki All Star dimana ianya akan menampilkan barisan model terkini Kawasaki dari pelbagai kategori dan sesaran enjin.

 

4

 

Pusat 4S Kawasaki Shah Alam itu beralamat di 46, Jalan 15/22, Taman Perindustrian, Tiong Num, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

Untuk sebarang maklumat mengenai pusat 4S baharu itu, anda boleh layari laman sesawang rasmi Kawasaki atau hubungi mereka di talian 1-800-880-008 dan WhatsApp mereka di talian +6019-570 8135.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Berita Domestik
Kesemua model tahun 2024 yang telah dikemaskini warna dan grafik itu boleh didapati di semua…