EMOS lancar tiga model, MODENAS Z650, Ninja 650 dan Versys 650 2023, dari RM34,500

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Modenas Sdn Bhd hari ini secara rasmi mengumumkan ketibaan tiga model Kawasaki yang dijenamakan semula sebagai model Modenas, iaitu Z650, Ninja 650 dan Versys 650 untuk tahun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikut merupakan spesifikasi ringkas bagi setiap tiga model tersebut:

MODENAS Z650 2023

MODENAS Z650 2023 dikuasakan oleh enjin parallel-twin sejukan cecair DOHC bersesaran 649 cc dengan kuasa setinggi 68 PS @ 8,000 rpm dan daya kilas 64 Nm @ 6,700 rpm.

Ciri terbaharu yang wujud ialah Kawasaki Traction Control (KTRC) dengan tiga mod yang boleh dipilih, serta tidak ketinggalan brek ABS dua saluran, dan klac Slipper/Assist.

Sistem gantungan terdiri daripada fork teleskopik di hadapan, dibantu dengan sistem horizontal back-link dengan larasan pra-muatan.

Ia juga turut didatangkan dengan skrin paparan TFT berwana penuh, sokongan sambungan kepada peranti pintar serta menawarkan mod tunggangan yang berbeza (Sport, Road dan Rain).

Dua warna ditawarkan, iaitu:
Metallic Spark Black - RM34,500
Metallic Matte Graphenesteel Gray - RM35,200

 

MODENAS Ninja 650 2023

Ninja

Sama seperti Z650, Ninja 650 turut dijana dengan nadi 649 cc dengan hamburan kuasa 68 PS dan 64 Nm.

Ia membawakan reka bentuk yang lebih agresif, disumbangkan oleh sistem pencahayaan LED, sokongan aplikasi "Rideology" Kawasaki, serta penambahan ciri brek ABS dua saluran dan kawalan cengkaman.

Sistem gantungan terdiri daripada fork hadapan 41 mm serta penyerap hentak tunggal dengan larasan pra-muatan di belakang, manakala sistem brek terdiri daripada angkup dua omboh dan rotor berkembar 330 mm, diikuti angkup omboh tunggla dan rotor 220 mm di belakang.  

Dua warna ditawarkan, iaitu:
Metallic Matte Graphenesteel Gray - RM35,200
Lime Green/Ebony - RM35,900

 

MODENAS Versys 650 2023

Versys


Motosikal kembara Versys 650 2023 kini tersedia untuk mereka yang menggemari tunggangan jarak jauh.

Ia dikuasakan oleh enjin parallel-twin 649 cc menghasilkan 68 PS dan 64 Nm, dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan serta bantuan klac Assist/Slipper.

Ciri yang dipadankan pada Versys 650 2023 ini termasuklah cermin penghadang angin boleh laras, fork teleskopik hidraulik 41 mm dengan larasan pra-muatan, penyerap hentak belakang.

Memastikan Versys 650 ini berhenti dengan baik ialah gandingan angkup dua omboh dan rotor berkembar 300 mm di hadapan, diikuti angkup omboh tunggal dan rotor tunggal 250 mm di belakang, serta sistem brek ABS dua saluran.

Dua warna ditawarkan, iaitu:
Metallic Spark Black - RM38,400
Candy Limegreen/Metallic Flat Spart Black - RM39,100

Ketiga-tiga model MODENAS Z650, Ninja 650 dan Versys 650 2023 ini boleh didapati di semua pengedar sah Kawasaki di seluruh Malaysia mulai akhir Julai ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Berita Domestik
Kesemua model tahun 2024 yang telah dikemaskini warna dan grafik itu boleh didapati di semua…