Datang dengan satu pilihan warna iaitu Metallic Flat Spark Black / CDY Lime Green, Versys-X 250 2023 ditawarkan dengan beberapa penambahbaikan yang menjadikan pengalaman tunggangan off-road lebih sempurna.
Dari segi kelengkapan berbanding Versys biasa, Versys-X 250 2023 didatangkan dengan pannier sisi berkapasiti 17 liter, bersama tambahan kelengkapan lain seperti pelindung panel badan sisi, pelindung tangan, lampu kabus led dan penghadang angin lebih tinggi.
Membolehkan tunggangan di jalan off-road, Versys-X 250 2023 dilengkapi dengan rim jenis spoked bersaiz 19 inci di depan dan 17 inci di belakang, bersama fork jenis teleskopik 41 mm di depan dan monoshock di belakang.
Memiliki berat sehingga 181 kg bersama ketinggian tempat duduk 815 mm, ia dilengkapi dengan cakera dan angkup brek bersama sistem ABS dual channel di depan dan belakang.
Dari segi kuasa, Versys-X 250 2023 menggunakan enjin 249 cc dua silinder dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan bersama A&S Slipper Clutch, yang menghasilkan kuasa sehingga 33 HP dan 21.7 Nm.
Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan betrakta, “Kami teruja untuk memperkenalkan Versys-X 250 ke pasaran Malaysia pada harga yang kompetitif. “
“Motosikal ini melambangkan semangat pengembaraan dan sesuai untuk penunggang yang gemar tunggang yang lasak. Dengan ciri-ciri yang luar biasa dan harga berpatutan, kami percaya ia akan menjadi pengubah segmen jelajah pengembaraan.”