EMOS umum jaminan 2 tahun dengan perbatuan tanpa had untuk semua model Kawasaki

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) baru-baru ini telah mengumumkan program jaminan 2 tahun dengan perbatuan tanpa had.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program jaminan baharu itu terpakai untuk semua Kawasaki dan Modenas model penjenamaan semula daripada 250cc hingga model 1000cc yang didaftarkan bermula 1 Julai 2023.

Program jaminan tersebut akan datang sebagai piawaian standard kilang yang merangkumi:

  • Jaminan setiap produk baharu bebas daripada kecacatan pembuatan untuk tempoh 24 bulan dari tarikh asal jualan oleh pengedar Kawasaki yang sah
  • Terma dan syarat yang sama dikenakan kepada pemilik baharu tetapi ambil perhatian bahawa jaminan tamat dalam semua kes selepas tempoh tertentu dari tarikh jualan kepada pembeli asal
  • Produk Kawasaki berprestasi terbaik dengan penyelenggaraan dan servis biasa, dan setiap model mempunyai jadual penyelenggaraan yang direka untuk memastikan ia beroperasi pada tahap prestasi optimumnya
2

Pemilik juga disyorkan supaya menghantar motosikal mereka untuk diservis oleh pengedar Kawasaki sah mengikut jadual servis yang diperincikan dalam manual pemilik.

Sebagai tambahan, perkhidmatan bantuan 24/7 juga akan disertakan dalam program jaminan baharu itu.

Jaminan baharu itu mempunyai terma dan syarat semasa yang sama seperti jaminan pengilang standard dan mesti kekal bersama motosikal apabila dijual atau dipindahkan kepada pemilik baru.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pemilik atau pembeli baharu boleh layari laman web Kawasaki Malaysia atau hubungi mereka di talian 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Berita Domestik
Kesemua model tahun 2024 yang telah dikemaskini warna dan grafik itu boleh didapati di semua…