Empat cedera ambulans terbabas

oleh Hamimah Hamid|
EMPAT individu termasuk pesakit yang dibawa dalam ambulans St. John cedera selepas kenderaan itu terbabas dan merempuh pembahagi jalan serta sebatang pokok sebelum terbalik di Jalan Masjid Negeri, Georgetown semalam.

Kejadian pukul 4.40 petang itu berlaku semasa pemandu ambulans dan seorang pembantu pegawai perubatan, masing-masing berumur 22 dan 28 tahun, sedang dalam perjalanan dari Sungai Ara selepas mengambil seorang pesakit wanita dan anak perempuannya untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V.Saravanan berkata, sebaik sampai di Jalan Masjid Negeri,l menghala ke Jalan Scotland, pemandu ambulans dipercayai hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan serta sebatang pokok di sebelah kanan jalan, lalu terbalik.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan pemandu ambulans, pesakit berusia 54 tahun dan anak perempuannya berumur 24 tahun tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba. 

"Pemandu ambulans mengalami kecederaan di tangan dan kepala manakala pembantu perubatan cedera ringan di muka dan tangan.

" Pesakit pula mengalami kecederaan di kepala manakala anak perempuannya pula cedera di kepala dan muka," katanya. 

Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jeffrey Bauer, 54 dan isterinya, Michelle, 55, adalah antara mangsa yang terbunuh selepas Tesla…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku pada jam 8.57 pagi, apabila lori yang membawa muatan tanah menuruni bukit…
Berita Domestik
Katanya, siasatan awal dijalankan oleh unit siasatan lebuh raya Zon Tengah sebelum diserahkan…